MBI Kedah terlibat curi nadir bumi

Oleh – Editor


MBI Kedah terlibat curi nadir bumi
Saifuddin Nasution

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah menerima kompaun berjumlah RM500,000 kerana terlibat dalam kejadian mencuri unsur nadir bumi (REE) di Kampung Chong, Sik.

Tegasnya, kompaun itu dikeluarkan pada 4 Oktober 2022 oleh Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Mohd Fauzi Mustaffa dan dialamatkan kepada Pengerusi MBI, iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Kita lantik Menteri Besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri. Ini baru permulaan. Akan ada siri pendedahan dengan dokumen lengkap kerana kita percaya rakyat Kedah cerdik.”

“Yakinlah semua, kita akan turun terangkan dengan elok dalam siri-siri penerangan kita.”

“Mudah-mudahan sasaran paling kurang sembilan belas kerusi pada kerusi Dewan Undangan Negeri itu akan menjadi kenyataan.”

MBI Kedah terlibat curi nadir bumi

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Kedah, di Guar Chempedak di sini.

Sebelum ini, polis Kedah dilaporkan membongkar kegiatan pemerdagangan manusia dan kecurian REE di Bukit Enggang, Sik selepas menahan sembilan individu hujung bulan lalu.

Susulan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menuntut Kerajaan Negeri memberi penjelasan terhadap pelbagai persoalan berkaitan isu penerokaan dan kecurian REE, yang didakwa masih berlaku susulan penahanan beberapa individu itu.

BuletinTV3



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker