Ahli bina badan tembak mati bekas isteri

Ahli bina badan tembak mati bekas isteri

Ahli bina badan tembak mati bekas isteri
NERMIN Sulejmanovic, 35, sempat merakam aksi berkenaan sebelum memuat naik video kejadian di laman sosial. FOTO Agensi

Sarajevo: Seorang lelaki di Bosnia dan Herzegovina membunuh tiga individu termasuk bekas isterinya, sebelum menembak mati dirinya sendiri, baru-baru ini.

Mirror UK melaporkan, Nermin Sulejmanovic, 35, ada menyiarkan sebahagian aksi berkenaan secara langsung di media sosial.

Mangsa maut terdiri daripada bekas isterinya, seorang bapa dan anak lelakinya, manakala tiga mangsa lain dilaporkan cedera.

Media tempatan melaporkan secara meluas tindakan suspek menyiarkan secara langsung pembunuhan kejamnya.

Dia turut mencederakan seorang lelaki dan wanita lain di lokasi berbeza di Gradacac.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?

“Mungkin saya tidak menghubungi seseorang, tetapi kini ia sudah berakhir,” katanya menerusi penstriman langsung di Instagram (IG), dipercayai sebelum menembak mati dirinya sendiri.

Ahli bina badan tembak mati bekas isteri
NERMIN Sulejmanovic bersama bekas isteri dan anaknya. FOTO Agensi

Dalam video di media sosial itu, dia turut menyenaraikan semua individu yang dibunuhnya ketika kejadian berkenaan.

“Saya menembak anggota polis itu, tetapi dia melarikan diri. Dia lari dengan (menaiki) Skoda, saya tak dapat tangkap dia dengan (menaiki) BMW.

“Ketakutan merebak ke seluruh bandar selepas dia mengeluarkan amaran menakutkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid


“Saya sedang menunggu untuk (mengisi peluru) ke dalam senjata saya sebelum meneruskan…,” kata Sulejmanovic menerusi penstriman langsung itu.

Susulan kejadian, datuk bandar tempatan, Edis Dervisagic, mengisytiharkan darurat di bandar timur laut itu.

“Terdapat keadaan kecemasan di Gradacac. Rakyat diarahkan menjauhi tempat awam,” katanya.

Lelaki itu kemudian membunuh diri sebelum dapat ditahan pihak berkuasa.

Menurut laporan media Bosnia, Sulejmanovic mempunyai latar belakang sebagai ahli bina badan dan jurulatih kecergasan.

Dia sebelum ini berdepan tangkapan berkaitan pertuduhan menyeludup dadah dan menyerang pegawai polis.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, pengguna media sosial yang menulis mesej sokongan semasa penstriman langsung oleh lelaki itu di Instagram itu akan disoal siasat, dan berpotensi menghadapi tindakan undang-undang

Ahli bina badan tembak mati bekas isteri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker