UKM perkenal Sistem E-Merit

Pegawai UKM dan pemimpin pelajar universiti itu menghadiri mesyuarat mengenai pelaksanaan Sistem E-Merit yang akan mula dilaksanakan pada semester hadapan.

Oleh Rohana Man

BANGI – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkenalkan Sistem E-Merit kepada semua mahasiswa universiti berkenaan bagi menggantikan sistem lama yang menggunakan konsep ‘first come first serve’ dalam menangani isu masalah kediaman pelajar di dalam kampus.

Melalui satu hantaran dalam Facebook UKM baru-baru ini, sistem itu dijangka akan beroperasi pada Semester 1 Sesi 2023/2024.

Kenyataan itu menyebut bahawa sistem baru berkenaan diwujudkan berdasarkan input dan persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat yang turut melibatkan pihak pengurusan universiti dan wakil pemimpin pelajar.

“Sistem ini merupakan inisiatif daripada Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Perumahan Pelajar dalam menangani isu pemilihan penempatan pelajar di kolej kediaman,” kata kenyataan tersebut di sini, baru-baru ini.

Sistem E-Merit itu dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan dijangka siap sepenuhnya pada semester hadapan.

Melalui sistem tersebut, para pelajar akan diberi markah seperti melalui pencapaian akademik, keterlibatan aktiviti dan pengiktirafan/anugerah di kolej dan fakulti, sama ada dalam atau luar negara, penglibatan dalam unit beruniform serta markah khas bagi golongan mahasiswa B40.

Ringkasnya, Sistem E-Merit ini akan mengambil kira semua input berkenaan:

– Pelajar B40 akan diberikan markah khas awal, ‘in advance’.

– Badan beruniform. Pelajar yang menyertai kokurikulum badan beruniform akan diberi Auto-Penginapan untuk Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Kor Sukarelawan Polis (SUKSIS). Markah khas turut diberi kepada pelajar beruniform yang lain.

– Penglibatan pelajar di dalam kolej atau luar kolej atau di dalam dan di luar UKM pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, universiti dan lokal/tempatan.
Semua pelajar yang terlibat dalam perkara itu akan diberi markah. Tiada isu hanya aktiviti tertentu sahaja/aktiviti kolej.

– Kecemerlangan pencapaian akademik turut diberi pemarkahan.

– Pelajar yang meraih kejayaan/hadiah/pengiktirafan di semua peringkat akan diberi ganjaran markah berdasarkan kejayaan dan peringkat/tahap penglibatan. Contoh, menjadi Johan (X markah) antarabangsa.

“Sistem ini juga akan diseragamkan kepada semua kolej kediaman yang mana hanya akan ada satu sistem sahaja yang digunapakai untuk penilaian bagi pemohonan kolej kediaman.

“Semua pemohon akan dinilai secara menyeluruh daripada pelbagai aspek,”tambah kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker