USM buka pusat perubatan di Bertam

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan (dua dari kanan) melihat kedudukan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) menerusi model peta selepas menyempurnakan upacara pelancaran

Oleh Azrin Muhammad

KEPALA BATAS – Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengorak langkah dalam bidang perubatan dengan melancarkan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) yang terletak di bahagian utara Pulau Pinang.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, PPUSMB akan menjadi satu lagi mercu tanda perubatan di dalam dan luar negara di masa hadapan.



 

“USM optimis kemudahan itu memberi manfaat kepada pesakit dari dalam dan luar negara selain menyediakan fasiliti latihan kepada para pelajar,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Turut hadir, Timbalan-Timbalan Naib Canselor USM; Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU); Ketua-Ketua Jabatan; Pegawai-Pegawai Utama Universiti; Pasukan Task Force Hospital USM dan Kampus Kesihatan USM; pasukan perancangan strategik; penaja, delegasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); wakil syarikat swasta, agensi kerajaan, vendor klinik kesihatan dan juga tetamu dari Medan, Indonesia.

Dalam masa sama, acara yang berlangsung di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM itu turut menjadi medan pelancaran tiga lagi program berkaitan perubatan.

Menurut Faisal Rafiq, tiga lagi program yang dilancarkan adalah Pusat Sumber Penyakit Buah Pinggang Kronik; Program Clinical Fellowship PPUSMB – IPPT dan Sambutan Program Outreach Kementerian Pengajian Tinggi Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS).



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker