UTM lancar pejabat satelit di Indonesia



Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail (tiga dari kanan) mengetuai delegasi ke Universitas Malang (UM), Indonesia untuk melancarkan Pejabat Satelit UTM, baru-baru ini.

Oleh Azrin Muhammad

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus melakar sejarah apabila melancarkan Pejabat Satelit pertama seumpamanya di Universitas Malang (UM), Indonesia.

Menurut Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail, pelancaran Pejabat Satelit UTM itu membuktikan komitmen jitu pihak universiti untuk mewujudkan inisiatif memperkasakan kecemerlangan dengan universiti di Indonesia.



“Pelancaran ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan akademik antara dua universiti tetapi ia juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada sosio-ekonomi masyarakat, rakyat serta keseluruhan kehidupan di kedua-dua buah negara.

“Selain itu, inisiatif ini bertepatan pada masanya kerana Pejabat Satelit UTM merupakan salah satu model hubungan strategik berimpak bersama universiti antarabangsa terhadap indikator ranking,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Terdahulu, Ahmad Fauzi mengetuai delegasi menghadiri majlis pelancaran di UM bersempena UTM VC Asia Tour [email protected] bermula 8 hingga 12 September lalu.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor UTM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Rosli Md. Illias, Pro-Naib Canselor (UTM Kuala Lumpur), Prof. Dr. Abdul Latif Saleh, Ketua Pentadbiran Canselori UTM, Jaffrey Samsul Bahrin serta pensyarah Fakulti Sains dan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM.



Sementara itu, Rektor UM, Prof. AH. Rofi’uddin berkata, Pejabat Satelit UTM bukan sahaja fokus kepada output penyelidikan yang lazim seperti penerbitan tetapi berupaya menyemarakkan lagi aktiviti penyelidikan termasuk memberi impak kepada komuniti setempat.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker