Bukit Aman rakam keterangan Tamrin Selasa ini

Oleh – Syeikh Baran


Bukit Aman rakam keterangan Tamrin Selasa ini
Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar

Polis akan merakam keterangan Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar berkaitan catatan di blognya yang ‘meramalkan’ masa depan orang Melayu dalam tempoh 10 tahun akan datang, Selasa ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan memaklumkan Mohd Tamrin dipanggil untuk membantu siasatan polis berhubung perkara itu.



“Ya, kita (polis) tetapkan pada 16 April 2024 (panggil Tamrin),” katanya secara ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Tamrin menerusi media sosial hari ini berkongsi dan mengesahkan bahawa dia akan tampil ke Bukit Aman jam 10.30 pagi untuk dirakam keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman, Selasa ini.

Semalam, Razarudin mengesahkan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada Tamrin untuk dirakam keterangan daripadanya.

Sebelum ini media melaporkan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu menerima panggilan telefon daripada polis berhubung siasatan membabitkan catatan di blognya pada 4 April lalu.



Seorang pegawai dari USJT Bukit Aman memohon kerjasama beliau berhubung siasatan berkaitan catatan pada blog itu.

Mohd Tamrin, 74, yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba memaklumkan beliau tiada masalah untuk memberi kerjasama kepada pasukan penyiasat.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button