JPJ sita 39 kenderaan dipandu warga asing

JPJ sita 39 kenderaan dipandu warga asing

JPJ sita 39 kenderaan dipandu warga asing
Erick memeriksa kenderaan perdagangan yang disita kerana dipandu warga asing hari ini. NSTP/ SAIFULLIZAN TAMADI

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menyita 39 kenderaan perdagangan yang dipandu warganegara asing.

Selain sitaan kenderaan, 39 pemandu warga asing itu turut ditahan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) oleh JPJ dan Jabatan Imigresen di sekitar Kepong dan Batu Muda, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah JPJ WPKL, Eric Jusiang, berkata menjadi satu kesalahan jika mana-mana warga asing memandu kenderaan perdagangan di negara ini.



“Pemandu kenderaan perdagangan seharusnya memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) tetapi warga asing tidak dibenarkan mengambil lesen berkenaan.

“Justeru adalah satu kesalahan apabila ada warga asing dikesan memandu kenderaan perdagangan sama ada lori, bas, teksi, van pelancong, motosikal roda tiga dan semua jenis kenderaan perdagangan lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ WPKL, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan




Dalam operasi berkenaan, sebanyak 207 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan JPJ WPKL selain menyita 39 kenderaan membabitkan 15 lori dan 22 motosikal serta masing-masing sebuah kereta dan forklif.

Eric berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik kenderaan berdaftar yang membenarkan kenderaan mereka dipandu warga asing tanpa lesen dan menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi tujuan perniagaan.

Beliau berkata, dalam operasi itu, Jabatan Imigresen menahan 54 warga asing berumur antara 35 hingga 45 tahun atas beberapa kesalahan imigresen.

“Semua yang ditahan membabitkan 13 warga Bangladesh, masing-masing 10 warga Pakistan dan India, 12 warga Myanmar serta sembilan warga Indonesia, mereka dibawa ke ibu pejabat Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.



Secara keseluruhan JPJ WPKL sudah menjalankan 11 operasi bersama Jabatan Imigresen sepanjang tahun ini, selain mengeluarkan 564 notis kesalahan serta merampas 121 kenderaan.

Selain itu 190 warga asing yang dikesan memandu kenderaan perdagangan telah diambil tindakan.

JPJ sita 39 kenderaan dipandu warga asing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button