Gelombang Biru di Pensingan, Isyarat BN Sedia



PENSIANGAN – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menganggap bahawa himpunan ‘gelombang biru’ di Pensiangan yang berlangsung hari ini adalah satu isyarat bahawa Barisan Nasional (BN) sedia menggalas tanggungjawab berkhidmat demi rakyat untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Jelasnya turut sama berada di kawasan terbabit, beliau teruja melihat semangat yang ditunjukkan oleh jentera BN Zon 4 pedalaman Sabah dalam Program Perasmian Gelombang Biru BN Zon 4.

“Tak lain tak bukan, kunci kemenangan BN adalah kekuatan dan semangat jentera akar umbi yang tidak pernah luntur walau apa jua halangan yang datang.

“Himpunan lebih 5,000 jentera BN hari ini beri keyakinan kepada rakyat bahawa BN siap sedia hadapi PRU15 dan akan terus menggalas tanggungjawab menerajui kepimpinan yang akan datang.



“Tahniah YB Datuk Bung Mokhtar dan YB Datuk Arthur Joseph Kurup! BN Onsoii!” katanya lagi yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

UMNO Online



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker