Kane pernah rempuh motor akibat gemuruh

LONDON: Harry Kane merempuh keretanya di tempat letak kereta Costco kerana dia terlalu gementar sebelum aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Tottenham Hotspur.

Penyerang Spurs dan England itu mengalami detik-detik cemasnya walaupun lazimnya kelihatan tenang di hadapan gawang gol lawan.

Tidak hairan Kane, 29, beberapa kali agak bingung berada di tempat letak kereta Costco menjelang permulaan liga pertamanya untuk Tottenham pada tahun 2014.



Penyerang yang berusia 20 tahun ketika itu memutuskan untuk keluar dari rumah bersama pasangannya menjelang detik besarnya dan dia kini sering membawa isteri Katie ke Costco untuk membeli-belah.

Namun cuaca hujan dan tempat letak kereta yang sesak menyaksikan Kane mengundur dan melanggar sebuah kereta yang keluar dari ruang parkir di belakangnya.

Bercakap kepada akhbar The Sun pada tahun 2017, penjaring 320 gol sepanjang kerjayanya itu berkata: “Pada hari permulaan Liga Perdana pertama saya untuk Spurs, saya terbabas di tempat letak kereta di Costco.

“Saya tahu saya akan diturunkan jadi saya gementar dan saya mahu keluar dari rumah. Jadi saya membawa pasangan ke Costco dan melakukan sedikit beli-belah.



“Anda pasti tahu bagaimana tempat itu, panik, kereta di mana-mana dan hujan pula. Saya mengundurkan kereta ketika seseorang turut keluar dari ruang di belakang saya dan kami berlanggar. Ia amat memalukan.

“Namun kemalangan kecil itu mungkin satu petanda perkara yang lebih baik buatnya dengan Tottenham membenam Sunderland 5-1 dan Kane mencatat rekod.

“Tetapi kami menewaskan Sunderland 5-1 malam itu dan saya menjaringkan gol. Ia satu malam yang hebat. Hari itu tidak bermula dengan baik tetapi ia akan sentiasa saya ingat.”

Kane seorang pencinta kereta besar dan mempunyai koleksi kereta British. Daripada Range Rovers ke Jaguar dan juga Bentley; Kane memastikan dia mengembara dengan bergaya.



Kane yang mementingkan keluarga suka mengembara dengan selesa dan bergaya dengan kereta sporty Autobiografi daripada Land Rover bernilai sekitar 99,000 pound (kira-kira RM507,000), dan memandu F-Pace yang luas tetapi lebih murah 35,000 pound (RM179,000).

Namun apabila dia merasakan perlu untuk memandu lebih laju, Continental GT Supersports yang berharga sekitar 212,000 pound (RM1.08 juta) menjadi pilihannya untuk pergi dan balik latihan dengan pantas.

Kane akan menjadi kapten England pada Piala Dunia November ini di Qatar selagi dia mengelak kecederaan dalam beberapa bulan yang sibuk di peringkat kelab.

England memulakan kempen peringkat kumpulan menentang Iran diikuti dengan pertemuan dengan Amerika Syarikat. The Three Lions kemudiannya akan menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang jiran Wales.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button