Keldai dadah telan 79 paket kokain, menyamar jadi penyokong Liverpool
Keldai dadah telan 79 paket kokain, menyamar jadi penyokong Liverpool

LONDON: Seorang keldai dadah yang menelan berkilo-kilo kokain bernilai 80,000 pound (RM354,000) ditangkap selepas berpura-pura menjadi peminat Liverpool selepas perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA.
Polis pada mulanya berasa curiga dengan Benjamin Nwaogwugwu, 43, yang dilihat mengerang kesakitan kesan akibat menelan dadah tersebut, lapor Daily Mail.
Suspek direkrut oleh raja dadah Colombia yang menelan 79 paket dadah di sebuah hotel di Amerika Selatan sebelum terbang ke Paris dan pulang ke United Kingdom (UK) untuk berselindung sebagai peminat bola sepak.
Lelaki itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Manchester selepas pegawai melihat dia mengerang kesakitan dan dibawa ke hospital.
Pihak hospital mengambil masa selama dua hari untuk mengeluarkan semua bungkusan dadah dari perutnya untuk dianalisis.
Pakar berjaya menguji 19 bungkusan dadah dan menilai ketulenan dadah sehingga 89 peratus.
Nwaogwugwu dari Longsight, Manchester yang mempunyai isteri dan anak di UK mendakwa dia didesak menjadi keldai dadah oleh samseng yang berjanji akan menjaga ahli keluarganya yang lain di Nigeria.
Lelaki itu diarahkan menelan 100 bungkusan kokain secara fizikal, namun dia tidak berupaya menelan kesemuanya.
Situasi malah bertambah buruk selepas bekas pekerja hotel itu mengalami kesakitan yang berpanjangan akibat menelan dadah tersebut.
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.
Keldai dadah telan 79 paket kokain, menyamar jadi penyokong Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri gagal urus ekonomi kerana warisi kerajaan gagal dari Mahathir dan Muhyiddin
- ‘Jasa’ PH Kepada Penjawat Awam Sewaktu Mereka Berkuasa
- Umno jadi pembangkang jika PRU15 dilewatkan
- Anwar salahkan Mahathir PH gagal bertahan
- METMalaysia Sarankan PRU 15 Selewat Lewatnya Pertengahan November 2022
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.