Maguire rayu penyokong terus setia belakang England

London: Pertahanan England, Harry Maguire menggesa penyokong untuk kekal bersama pasukan selepas kekalahan 0-1 Liga Negara-Negara kepada Itali.

Dia menekankan bahawa sokongan penyokong adalah penting dengan Piala Dunia tahun ini semakin hampir

Kekalahan di Itali pagi tadi menyebabkan England tersingkir dari liga utama Liga Negara-Negara, di mana sebelum ini mereka tewas dua kali kepada Hungary termasuk 4-0 di Wembley dan sekali kepada Itali serta dua seri.

“Kami adalah kumpulan pemain yang kuat dari segi mental, lima tahun atau lebih kami memberi persembahan sukar dipercayai,”

“Kami berada dalam tempoh di mana kami perlu bersatu.

“Peminat mungkin kecewa dan mereka perlu kekal bersatu kerana mempunyai kejohanan besar akan datang.

“Untuk memenangi kejohanan atau kemajuan dalam kejohanan itu, kami memerlukan penyokong bersama kami, jadi apa pun yang berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini kami bekerja keras untuk memperbaikinya dan kembali ke landasan yang betul,” kata Maguire kepada BBC.

England akan menerima kunjungan Jerman di Wembley pada Selasa ini sambil mereka meneruskan persiapan untuk Piala Dunia, yang bermula pada 20 November.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker