MAQIS rampas sarang burung bernilai RM250,000



SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 150 kilogram (kg) sarang burung walet yang telah diproses bernilai kira-kira RM250,000 untuk dieksport ke Vietnam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Khamis lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, berkata hasil pemeriksaan pada 1 tengah hari yang dijalankan oleh pegawai dari MAQIS dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airport ke atas seorang lelaki warga Vietnam mendapati 15 kotak gabus dibawanya tidak mempunyai dokumen sah seperti Eksport Permit dan Sijil Kesihatan.

“Berikutan itu, sarang burung yang telah diproses seberat 150kg itu telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sobri berkata perbuatan mengeksport produk hasilan haiwan tanpa permit sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.



Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak MAQIS sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian, ikan yang masuk mahupun keluar dari Malaysia mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker