Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran

Paling geram tuduh pemuda penculik

Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran

Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran
Seorang pemuda berkongsi mengenai seorang wanita yang membawa dua anak di restoran. – gambar hiasan foto Facebook

SEDAR ataupun tidak, adab adalah gambaran pekerti dalam kehidupan seseorang.

Apatah lagi ketika berada di tempat terbuka membabitkan orang yang tidak dikenali kerana perilaku kita tentunya akan dinilai.

Seperti pemuda ini, dia berdepan dengan seorang wanita yang bersikap biadab gara-gara mahu bertutur dalam bahasa Inggeris.



“Aku tak kisah kau B40 ke T20 M20 ke tapi jangan acah-acah speaking BI (Bahasa Inggeris) apabila depan orang!” tulisnya seorang pengguna Facebook Noris Lee.

 

Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran
Kejadian berlaku ketika beratur untuk membuat pesanan makanan.

Berkongsi cerita, kata Noris Lee, insiden berlaku di sebuah restoran makanan segara ketika dia beratur untuk membuat pesanan.

“Aku beratur nak order. Ada la sorang mak ni, dengan anak perempuan dua orang dalam lingkungan umur tiga dan lima tahun.

“Sebelum aku datang dekat untuk beratur, elok je mak cakap dengan anak dua orang dalam dialek Terengganu pekat.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


“Apabila dah dekat beratur, biasalah budak-budak berlari-lari. Tiba-tiba mak bertukar nada, ‘Sarah, dong rang. Nanti jatuh, mummy anggeri (Sarah, don’t run, nanti jatuh, mummy angry)’,” katanya.

Tindakan si ibu yang secara tiba-tiba mengubah cara bertutur itu mengejutkan anaknya.

Eh mummy speaking,” kata Norris Lee mengimbas kembali perbualan anak beranak itu.

Bagi Noris Lee, sebenarnya tiada masalah untuk wanita itu bertutur dalam bahasa Inggeris, terutama ketika bertutur dengan anak-anak bagi tujuan latihan dan pembelajaran.

Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran
Perkongsian Noris Lee.

 

Sehinggalah tidak lama kemudian, anak wanita itu masih berlari di dalam restoran.

Sarah, you play-play ah (main-main), nanti that uncle culik sarah. Mummy donno (don’t know),” kata si ibu.

Tak kisah nak speaking pun tapi yang mengata tu buat jadi geram. – NORIS LEE

 

Susulan kejadian yang berlaku, Noris Lee dalam perkongsiannya ternyata panas hati dengan tuduhan yang dilemparkan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Eh, kau. Bila masa pula aku nak culik anak hang?

“Nak belajar speaking boleh tapi tengok pada tempat. Tak kira kau B40 ke T20 ke M40 ke, jangan main sedap tuduh strangers (orang tak dikenali) begitu,” luahnya.

Menerusi ruangan komen, dia sekali lagi mengatakan tiada masalah sekiranya wanita itu hendak bercakap dalam bahasa Inggeris tapi adalah tidak wajar memburukkan orang lain.

“Tak kisah nak speaking pun tapi yang mengata tu buat jadi geram. Apabila dah geram, dia speaking pun aku jadi angin (naik angin),” katanya.

Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran
Antara komen netizen.

Di ruangan komen, netizen memberikan pandangan yang berbeza, termasuk gurauan dan sindiran.

“Member ‘koyak’ kena label muka penculik B40. Pergi pembedahan plastik bang, lepas ni confirm tak kena label penjenayah. Semua panggil oppa (Korea).”

“Kemahiran bahasa ni bakat. Kalau jenis berbakat, kau dah tua pun mampu lagi nak belajar bahasa baharu. Speaking English tak ada hal, tapi cakap kuat-kuat macam nak tunjuk poyo yang konon kau tengah latih anak kau speaking English.”

“Mesti muka pecah rumah, sebab tu difitnah sebagai penculik.”

“Pernah kena tuduh nak makan budak? Memang aku buat muka nak makan budak tu. Dia menangis, mak dia marah aku pula.

“Aku pantang kena tuduh, alang-alang biar bagi nangis terus,” demikian antara komen netizen di Facebook B40 Buat Perangai Harini yang turut berpandangan perkongsiannya sekadar kandungan media sosial semata-mata.

DISAHKAN POSITIF – FARA FAUZANA AKUI PADA MULANYA ENGGAN KONGSI

Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker