Pecah cermin kereta curi tepung

Pasir Gudang : Seorang lelaki ditahan selepas memecah cermin kereta dan mencuri sekotak tepung gandum di Taman Kota Masai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian jam 1.15 pagi tadi berlaku di hadapan rumah pemilik kereta terbabit yang berusia 30 tahun.

Katanya, suspek adalah seorang lelaki dewasa berusia 31 tahun memecahkan cermin kereta pada bahagian tempat duduk pemandu dan melarikan sekotak tepung gandum.



“Kejadian disedari jiran mangsa sebelum suspek melarikan diri. Mangsa bersama-sama jirannya kemudian mengejar suspek dan berjaya menahannya di Jalan Pulasan, Taman Kota Masai, di sini.

“Spanar boleh laras yang digunakan untuk mencuri dan sekotak tepung gandum ditemukan selepas suspek berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, mangsa kemudian menghubungi polis dan menyerahkan suspek serta barang yang dirampas untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis merakamkan penghargaan atas kerjasama dan maklumat orang ramai hingga tertangkapnya suspek.



“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 26 September depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button