Portugal mudah atasi Republik Czech

PRAGUE: Pemain pertahanan, Diogo Dalot meledak dua gol ketika Portugal mengatasi Republik Czech 4-0 di Prague awal pagi tadi seterusnya memerlukan hanya satu mata untuk mara ke playoff Liga Negara-Negara UEFA.

Portugal, yang menang edisi pertama Liga Negara-Negara pada 2019, mendahului Kumpulan 2 dengan 10 mata, dua di depan Sepanyol yang dikejutkan Switzerland 2-1 di laman sendiri.

Portugal akan menanti kehadiran Sepanyol Selasa ini dalam aksi terakhir kumpulan.

Dalot membuka jaringan pada minit ke-33 apabila dia mengatasi penjaga gol Czech, Tomas Vaclik hasil hantaran Rafael Leao.

Bruno Fernandes menjadikan 2-0 pada penghujung aksi babak pertama hasil hantaran Mario Rui dari sebelah kiri.

Seminit kemudian tuan rumah mensia-siakan penalti apabila sepakan Patrik Schick terkena palang selepas VAR mengesan bola terkena tangan Cristiano Ronaldo dalam kotak penalti.

“Babak pertama amat bagus, ia kualiti cemerlang,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Kami memang sudah bersedia untuk bertemu mereka dan tidak membiarkan mereka menunjukkan sesuatu.”

“Apabila kami menjaringkan gol kedua, Czech gagal menyempurnakan penalti dan mereka bertambah gementar, kami pula terus fokus dan rasa selesa.”

Dalot menambah jaringan kedua pada minit ke-52.

Pemain gantian babak kedua, Diogo Jota menanduk masuk gol keempat pada lewat permainan.

Ronaldo gagal memperbaiki rekod jaringan antarabangsa 117 gol dan bertelagah dengan Vaclik pada awal permainan.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker