Benzema terus menyengat

Elche, Sepanyol: Karim Benzema meraikan kemenangan Ballon d’Or dengan jaringan ketika Real Madrid menewaskan Elche 3-0 dalam perlawanan yang menyaksikan tiga lagi gol dibatalkan kerana ofsaid.

Fede Valverde dan Marco Asensio meledak dua lagi jaringan untuk pendahulu La Liga itu dalam aksi awal pagi tadi.

Ia minggu cemerlang buat skuad Carlo Ancelotti. Mereka mengesahkan tempat ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, menewaskan Barcelona dalam aksi Clasico, menyaksikan Benzema dinobat pemain terbaik dunia dan melonjak enam mata di puncak La Liga.

“Pasukan beraksi baik, mereka sangat bagus ketika menyerang. Pergerakan juga lancar,” kata Ancelotti.

“Ia detik penting musim ini, beraksi cemerlang, kami tidak ragu-ragu dan tiada masalah.”

Dalam perlawanan lain, jaringan Mikel Merino membolehkan Real Sociedad menang 1-0 ke atas Real Mallorca sekaligus mengetepikan Atletico Madrid di tangga ketiga.

Real Betis di tempat kelima hanya seri 0-0 menentang Cadiz yang menduduki tangga ke-19 manakala Real Valladolid membelasah Celta Vigo 4-1.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker