Reyhan sebenarnya hanya lelaki yang hadir dalam mimpi

Di media sosial ketika ini viral sebuah video nyanyian seorang gadis yang menceritakan tentang seorang jejaka idaman yang sukar untuk dilupakan. Setakat ini video asal nyanyian gadis tersebut telah menerima lebih 46 juta di TikTok sejak dimuat naik awal bulan ini.

Menggunakan nama Intan Lembata Bunting, gadis dari negara seberang tersebut meraih perhatian ramai sehingga dijemput hadir ke beberapa program televisyen tempatan.

Menerusi satu program yang dihadiri gadis tersebut, dia memberitahu bahawa dia sememangnya menyukai seseorang lelaki yang bernama Reyhan. Apabila ditanya siapakan Reyhan, Intan memberitahu Reyhan sebenarnya jejaka yang hadir di dalam mimpi.



“Dari dulu aku memang suka sama Reyhan

“Seseorang lelaki yang hadir dalam mimpinya bukan realiti. Yang mempunyai ciri-ciri lelaki yang macho, kacak dan berani,” katanya.

Tidak menyangka video nyanyian tersebut mendapat perhatian ramai, Intan memberitahu pada awalnya dia terkejut dan takut.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button