Ronaldo cedera ‘ditepis’ penjaga gol

LONDON: Cristiano Ronaldo mengalami pendarahan di hidung selepas bertembung dengan penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik.

Penyerang Manchester United itu mengalami kecederaan menyakitkan dalam 12 minit awal aksi Liga Negara-Negara selepas cuba mendapatkan bola tinggi.

Ronaldo berlaga dengan Vaclik yang cuba mengeluarkan bola dengan tangan penjaga gol itu terkena muka legenda Portugal berkenaan.

Darah mengalir keluar dari hidung Ronaldo ketika dia terbaring di padang.

Penyerang itu memerlukan rawatan sebelum kembali ke padang dengan memakai pelekat di hidungnya.

Bagaimanapun dia kemudiannya memberikan penalti selepas bola terkena tangan namun Patrik Schick gagal menyempurnakannya.

Portugal menang 4-0 seterusnya akan berdepan Sepanyol di laman sendiri Selasa ini.

Ronaldo gagal mencipta jaringan di Prague namun ia malam yang menggembirakan buat pasangan penyerang itu di Old Trafford.

Pertahanan kanan Red Devils, Diogo Dalot meledak dua gol selain satu dijaringkan Bruno Fernandes.

Pemain Liverpool, Diogo Jota meledak gol keempat tidak lama selepas itu.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker