Banduan ditahan selepas enam hari lari dari penjara

Banduan ditahan selepas enam hari lari dari penjara

Banduan ditahan selepas enam hari lari dari penjara

JASIN: Banduan lelaki yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin, Jabatan Penjara Malaysia, Lipat Kajang di sini, sejak enam hari lalu ditahan polis di kawasan Alor Gajah, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman, berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam oleh sepasukan polis.

“Banduan terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin hari ini, untuk proses permohonan reman.

“Siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Banduan berkenaan sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni kerana terbabit dalam kes samun.

Media sebelum ini melaporkan, polis giat mengesan banduan lelaki yang meloloskan diri Pusat Koreksional Jasin, Jabatan Penjara Malaysia, Lipat Kajang, di sini, pada 24 Januari.

Kehilangan banduan berkenaan disedari pegawai bertugas di penjara itu, jam 2.20 petang.

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Banduan ditahan selepas enam hari lari dari penjara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker