Sambal Nasi Lemak Berkuah

Sambal Nasi Lemak Berkuah
Sambal Nasi Lemak Berkuah

Sambal Nasi Lemak Berkuah

Untuk penggemar sambal dan juga penggemar nasi lemak, kali ni Che Nom nak masak sambal ikan bilis versi berkuah. Kita masak ikan bilis dalam sambal tu sampai lembut, sampai sebati menyerap kuah sambal. Lauk ni memang favourite Che Nom ni sebab dulu-dulu macam ni la cara mak Che Nom masak, penuh sekuali. Kalau ada lebih mesti simpan peti sejuk dan bila lapar, Che Nom akan panaskan dan makan dgn nasi putih dengan ulam je.

Kalau dah nama sambal, bahan utama mestilah bawang dan cili kan? Kita kisar halus, kemudian goreng ikan bilis separuh masak. Kemudian kita masak lah sambal yang pedas, berkuah, semua secukup rasa penuh dengan ikan bilis nya. Sedap sangat kalau makan dengan nasi lemak sempoi. Kalau nasi putih aja pun tetap sedap./p>

Bahan-bahan:

 



  • Bahan-bahan kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 4-5 biji bawang merah kecil
    • 4-5 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 15-20 tangkai cili kering
    • 1 inci belacan
    • 1 cawan ikan bilis
  • Bahan-bahan lain:
    • 1 cawan minyak masak
    • 1 biji kentang
    • 1 mangkuk besar ikan bilis
    • 1 biji bawang besar (tumis)
    • 2 helai daun pandan
    • Air, untuk berkuah
    • 2-3 sb gula melaka
    • Sedikit air asam jawa
    • 1 kiub pati ayam/ikan bilis
    • Garam secukup rasa
    • 1 biji bawang besar (taburan akhir)

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk sambal:
    1. Hiris nipis bawang besar untuk tumisan.
    2. Potong kasar bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
    3. Rendam asam jawa dalam air panas, bila dah lembut, ramas dan ambil jus.
    4. Kentang potong dadu.
    5. Cili kering, gunting dan rebus sampai mendidih dan lembut.
    6. Masuk dalam blender bahan potong kasar, belacan (boleh ganti sos tiram), cili kering, ikan bilis dan air. Kisar halus.
    7. Panaskan minyak dan goreng kentang. Angkat dan ketepikan.
    8. Goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan ketepikan.
    9. Tumis bawang besar dan daun pandan sampai bawang layu.
    10. Masukkan bahan kisar halus dan air kemudian tumis sampai sambal pecah minyak.
    11. Masukkan gula melaka (boleh ganti gula putih), air asam jawa, air, ikan bilis goreng dan kiub ayam / ikan bilis (pilihan).
    12. Boleh rasa kalau kurang masin, adjust dengan garam.
    13. Bila sambal dah masak, hiris bawang besar dan tabur masuk dalam sambal.
    14. Hidang bersama nasi lemak, kacang goreng, ikan bilis, timun dan telur.

 

Tip:

 



  • Goreng ikan bilis separuh masak sahaja, kalau garing nanti bila masak dalam sambal, ikan akan jadi liat.
  • Ikan bilis kalau dan masak dia akan bunyi senyap. Jadi angkat waktu minyak masih bunyi bising lagi.
  • Masa tumis sambal, boleh tutup sekejap kuali tapi jangan rapat sangat takut wap tak keluar.
  • Minyak yang bertakung atas sambal boleh kaut keluar. Boleh simpan untuk masakkan lain.

Resepi – Kari ikan bilis istimewa

Sambal Nasi Lemak Berkuah

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button