Sarimah Cerita Cara Shooting MV Kini Kau Tiada

“Di Atas Permintaan Ramai…,” - Tiada ‘Filter’ Yang Diharapkan

Sarimah Cerita Cara Shooting MV Kini Kau Tiada

Sarimah Cerita Cara Shooting MV Kini Kau Tiada

Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi memori dengan memuat naik klip video single hitsnya, Kini Kau Tiada yang dilancarkan lebih 20 tahun lalu.

Sarimah menerusi Instagram mendedahkan, klip video bagi lagu tersebut pernah tidak ditayangkan kerana disifatkan terlalu seksi.

“Di atas permintaan ramai here is a little more of the English Kini Kau Tiada MV! (2001) Video was eventually banned cause back then it was too sexy.

“Memang pun. Semua orang ada Zaman jahilah kan. Cant believe it’s been 21 years ago,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Malah jelas Sarimah, 44, muzik video tersebut menjalani penggambaran kira-kira 26 jam dan ketika itu masih belum ada sosial media bagi mempromosikannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


Namun apa yang istimewa, single yang mempunyai dua versi itu telah menjadikan Sarimah sebagai pemenang Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2002 (AIM2002)

“Pss: That skirt was hella tight, the whole MV was shot in Fast Forward back then (to give the slo mo effect!) and we did ALL the ‘mannequin’ shots MANUALLY (with wires tau!!) hence the 26 hours shoot.

“There were NO Filters to harapkan and no social media to promote it. Still this song won me an AIM,” tulisnya lagi.

Terdahulu, lagu berkenaan kembali menjadi buah mulut ramai selepas ia bakal dinyanyikan secara duet oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menerusi saingan minggu kedua Gegar Vaganza ke-9 (GV9) malam nanti.

Sementara selain berlakon, Sarimah sebelum ini turut aktif mengacara program hiburan utama di negara ini seperti Anugerah Juara Lagu dan Akademi Fantasia.

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

Sarimah Cerita Cara Shooting MV Kini Kau Tiada

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker