Singgang Ikan Kembung



Singgang Ikan Kembung
Singgang Ikan Kembung

Singgang Ikan Kembung

 

Jom masak menu simple tapi cukup nostalgia bagi Che Nom iaitu Ikan Kembung Masak Singgang. Resepi ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunaan minyak dan tidak perlu perlu menumis. Ada rasa rempah segar yang direbus, ada rasa masam dan rasa pedas dari cili padi. Memang sangat segar rasanya bila menghirup kuah.

Kalau rasa tak sedap tekak, tapi nak makan sup sudah agak biasa. Jadi sesekali kita tukar dengan menu singgang ikan kembung, cuma perlu pastikan guna ikan fresh. Nak kata menu bajet pun tidak juga sebab ikan pun dah kategori lauk kayangan sekarang ni. Apa-apa pun memang mudah dan sedap sangat menu ni.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan:
    • 8 ekor ikan kembung
    • Sedikit kunyit
    • Sedikit garam
    • 3-4 cawan air
    • 1 batang serai
    • 1 inci halia
    • 2 ketul kunyit hidup
    • 1 inci lengkuas
    • 1-2 keping asam gelugor
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang merah kecil
    • 6 tangkai cili padi
    • 1 biji tomato (pilihan)
    • Sedikit ikan bilis (pilihan)
    • Sayur bendi
    • Garam & gula secukup rasa
    • Serbuk perasa, jika suka

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk ikan singgang:
    1. Potong nipis halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.
    2. Ketuk sikit lengkus dan serai biar pecah sikit.
    3. Kunyit hidup potong kasar, tumbuk halus dengan sedikit garam kemudian lumur pada ikan (boleh ganti serbuk kunyit). Perap sekejap ikan.
    4. Potong tangkai bendi dan cili padi (Che Nom belah sikit dekat hujung).
    5. Tomato belah 4.
    6. Ikan bilis kupas dan buang perut.
    7. Masukkan air, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup dan ikan bilis dalam kuali. Masak sampai mendidih.
    8. Masukkan hirisan bawang putih, bawang merah dan asam gelugor.
    9. Bila dah mendidih masukkan garam, gula dan bendi.
    10. Bila bendi dah layu, masukkan ikan kembung dan perlahan api.
    11. Bila ikan kembung dah masak, tabur cili padi dan tomato. Kemudian cepat-cepat tutup api.
    12. Boleh tambah garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
    13. Hidang Bersama nasi panas.

 

Tip:

 

  • Kalau guna lengkuas tua / keras ketuk dengan lesung biar pecah sikit, tak perlu hancur takut berserat pulak kuah nanti.
  • Biasanya untuk sayur orang letak bendi tapi boleh ganti kundur dan labu air.
  • Selepas masukkan ikan, perlahankan api supaya ikan masak perlahan – lahan dan tak hancur.

Sambal Tumis Ikan Kembung

Singgang Ikan Kembung

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker