Southgate puji diri sendiri

London: Gareth Southgate berkata, beliau adalah individu paling tepat membimbing England beraksi di Piala Dunia walaupun mereka mengharungi lima perlawanan tanpa kemenangan sekali gus tersingkir daripada divisyen utama Liga Negara-Negara.

Southgate meraih pujian selepas membimbing pasukannya mara sehingga ke separuh akhir Piala Dunia 2018 selain muncul naib juara saingan Euro pada musim panas lalu.

Bagaimanapun beliau dicemuh selepas kekalahan 0-1 England kepada Itali di Milan, semalam.



England hanya mempunyai satu perlawanan lagi iaitu menentang Jerman di Wembley, Selasa ini sebelum mengharungi kempen Piala Dunia dengan perlawanan pertama bertemu Iran pada 21 November.

England gagal menjaringkan satu gol pun daripada permainan terbuka dalam lima perlawanan Liga Negara-Negara menentang Hungary, Itali dan Jerman.

Bagaimanapun Southgate mempertahankan prestasi pasukannya yang sedang melakukan persiapan ke Piala Dunia.

“Saya rasa saya orang yang paling tepat untuk membimbing pasukan di Piala Dunia. Tanpa sebarang keraguan, saya rasa ia lebih baik.



“Saya tidak fikir prestasi (menentang Itali) begitu teruk dan saya tahu akan mendapat cemuhan hanya kerana kami di kedudukan terakhir peringkat kumpulan dan mengalami kekalahan.

“Kami sudah beraksi pada tahap tertinggi dan saya yakin kami mampu menanganinya serta menjadi lebih baik,” kata Southgate.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button