Tak Tolak Jodoh Untuk Terbuka Kembali Bercinta, Tapi Shila Amzah Letak Syarat!

Tak Tolak Jodoh Untuk Terbuka Kembali Bercinta, Tapi Shila Amzah Letak Syarat!

Tak Tolak Jodoh Untuk Terbuka Kembali Bercinta, Tapi Shila Amzah Letak Syarat!

Penyanyi Shila Amzah mendedahkan tiada sebab untuk dirinya menutup ruang hati untuk terus berhubungan dan mencari cinta sejati.

Bagaimanapun, Shila, 32, menegaskan dia tetap akan lebih berhati-hati dalam menjalin hubungan, sekitanya ditakdirkan bertemu jodoh suatu hari nanti.



 

View this post on Instagram

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)



“Jika ditanya pada mana-mana manusia sekalipun berkenaan dengan perkahwinan, perhubungan, untuk memiliki anak sekalipun, kita tidak akan pernah bersedia. Sebab benda-benda itu sukar untuk dijangka.

“Contohnya, kamu bersedia untuk bertemu dengan orang A, namun yang datang kepada kamu orang B. Jadi bagaimana? Bagi saya, tertakluk pada prinsip dalam hidup iaitu bukan semua orang sama.

“Begitupun, kalau jodoh datang pada saat dan ketika itu, saya terima dengan hati dan tangan yang terbuka. Tapi dalam masa sama, saya akan lebih berhati-hati,” katanya.





Malah setakat ini, Shila menjelaskan belum sampai waktunya untuk dia menamatkan fasa solo sebagai seorang ibu tunggal.

“Kalau nak katakan saya mahu tamatkan zaman solo saya as soon as possible… no, itu tidak. Saya tengah nak enjoy sort of my single life. Selagi saya belum berkahwin saya anggap saya single,” katanya sambil tertawa.

Untuk rekod, Shila dan bekas suaminya Haris Idraki Elias mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.

Namun, jodoh mereka tidak panjang, Shila mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Haris Idraki Elias, awal Februari lalu.



PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

Tak Tolak Jodoh Untuk Terbuka Kembali Bercinta, Tapi Shila Amzah Letak Syarat!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button