Indonesia kerah kapal perang pantau kapal pengawal pantai China

Indonesia kerah kapal perang pantau kapal pengawal pantai China

Indonesia kerah kapal perang pantau kapal pengawal pantai China

JAKARTA: Indonesia mengerahkan sebuah kapal perang ke Laut Natuna Utara untuk memantau pergerakan kapal pengawal pantai China yang berada di kawasan perairan itu.

Ketua Tentera Laut Indonesia, Laksamana Muhammad Ali mengesahkan perkara itu yang berlaku di kawasan perairan yang menjadi tuntutan kedua-dua negara.

Menurut beliau, sebuah kapal perang, pesawat peronda maritim dan dron dikerahkan untuk memantau kapal berkenaan.

“Kapal China tidak melakukan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

“Namun, kita perlu memantaunya kerana ia sudah berada di zon ekonomi eksklusif (EEZ) Indonesia sejak sekian lama,” katanya.

Agensi Inisiatif Keadilan Laut Indonesia memaklumkan data penjejakan kapal menunjukkan CCG 5901 belayar di Laut Natuna berhampiran stesen gas Tuna Bloc dan stesen gas Vietnam Chim Sao sejak 30 Disember tahun lalu.

Peraturan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), memberikan hak pelayaran kapal melalui EEZ.

Aktiviti itu berlaku selepas perjanjian EEZ antara Indonesia dan Vietnam, dan kelulusan daripada negara itu untuk membangunkan stesen gas di Laut Natuna, dengan jumlah anggaran pelaburan lebih AS$3 bilion (RM13 bilion) sehingga permulaan pengeluaran. – REUTERS

Diana Danielle pantau hobi anak [VIDEO]

Indonesia kerah kapal perang pantau kapal pengawal pantai China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker