Amaran cuaca buruk di beberapa negeri

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang serta laut bergelora bagi kategori pertama dan kedua membabitkan Condore, Layang-Layang, Labuan, Reef North, Reef South dan Sulu bermula hari ini hingga Jumaat.

MetMalaysia berkata, keadaan itu amat berbahaya bagi semua aktiviti laut terutamanya kepada bot kecil, feri dan sebarang aktiviti menangkap ikan.

Katanya, cuaca cerah diramal berlaku di hampir keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia dan dijangka berlarutan sehingga lewat pagi ini.

“Sementara, negeri di sebelah Malaysia Timur, hujan lebat dan ribut petir sedang berlaku membabitkan kawasan di sekitar barat Sarawak, perairan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Keadaan ini dijangka boleh berlarutan dalam masa dua hingga tiga jam lagi,” katanya.

Sementara itu, ramalan cuaca di sebelah petang MetMalaysia masih menjangkakan hujan dan ribut petir boleh berlaku membabitkan kawasan sekitar Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah dan satu hingga dua tempat di kawasan sekitar Johor.

“Sarawak pula dijangka hujan yang berpotensi berlaku di hampir keseluruhan negeri itu, manakala di Sabah lebih kepada bahagian Pendalaman dan sekitar Tawau serta Sandakan.

“Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati dan peka dengan amaran yang dikeluarkan MetMalaysia,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker