Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan

Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan

Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan

Dalam satun kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), mengesyorkan supaya laporan terhadap buku Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum.

Alasan yang diberikan oleh AGC adalah kerana pasukan petugas khas diwujudkan berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 8 Oktober 2021.

Penubuhan itu adalah selaras dengan pelaksanaan kuasa eksekutif di bawah Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu, AGC tiada halangan jika siasatan dilakukan oleh agensi penguatkuasa yang berkaitan bagi menyiasat kemungkinan salah laku dilakukan oleh Thomas.

AGC juga mencadangkan supaya Jabatan Audit Negara (JAN) dan agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan audit dan penyiasatan yang sewajarnya ke atas AGC.

Ianya untuk menentukan sama ada terdapat sebarang salah laku oleh bekas Peguam Negara era kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu.

Baca di sini:

https://malaysiapost.com.my/2022/09/25/agc-syor-hasil-siasatan-buku-tommy-thomas-tidak-didedahkan/

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen, Wan Junaidi pula berkata keputusan sama ada didedahkan atau tidak bergantung kepada kabinet.

“Perkara itu hanya akan ditentukan oleh kabinet”.

“Kalau tidak salah, ia akan dibentangkan pada 30 September”.

“Terpulang kepada kabinet sama ada ia perlu didedah kepada umum atau tidak”.

“Mesyuarat jemaah menteri akan datang akan dibuat Jumaat”.

“Ini adalah kerana Ismail Sabri ketika ini sedang berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan UNGA ke-77,” jelas Wan Junaidi lagi.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/25/laporan-buku-tommy-thomas-dibentang-ke-kabinet-jumaat-kata-wan-junaidi/

Era Kehidupan Yang Penuh Dengan Rahsia Sudah Berlalu

Untuk rekod, dilaporkan terdapat 19 dapatan salah laku yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Siasatan terhadap Tommy Thomas.

Persoalannya, mengapa AGC tidak mahu kesemua laporan itu didedahkan kepada umum?

Rakyat perlu tahu dan ada hak untuk tahu apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Tommy Thomas semasa menjadi Peguam Negara.

Ianya adalah bersangkutan dengan kepentingan rakyat dan juga integriti serta kredibiliti Jabatan Peguam Negara.

Dengan tidak mendedahkannya kepada umum, ianya pasti akan menimbulkan spekulasi yang berpanjangan terhadap integriti Jabatan Peguam Negara.

Dan apabila ianya dibawa ke mahkamah, sudah pastilah apa yang cuba disorokkan oleh Jabatan Peguam Negara akan menjadi tatapan umum.

Jadi apa bezanya mendedahkannya sekarang dengan ianya terdedah apabila sudah sampai di peringkat mahkamah?

Kita kini berada di penghujung tahun 2022 dan diambang tahun 2023.

Sekiranya Indonesia boleh membuat perbicaraan kes berprofil tinggi secara langsung di media dan mendakwa Ketua Hakim Negara mereka di mahkamah, mengapa tidak di Malaysia?

 

Apa Alasan Jabatan Peguam Negara Syorkan Lapuran Tommy Thomas Tidak Di Dedahkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker