‘Api dalam sekam’, akhirnya Muhyiddin tunjuk belang



Oleh – Bakhtiar Omar


'Api dalam sekam', akhirnya Muhyiddin tunjuk belang

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhirnya menunjukkan belang sebenar bila terus menjadi ‘api dalam sekam’ dalam Keluarga Malaysia.

Presiden PPBM itu menyeru semua gabungan dalam PN agar mejadikan Barisan Nasional sebagai musuh utama mereka bagi menghadapi PRU15 kelak.

Sejarah pengambil-alihan kuasa oleh Muhyiddin sebenarnya diragui banyak pihak. Audio mesyuarat PPBM sebelum keputusan keluar dari Pakatan Harapan pernah tersebar dan Tun Mahathir ketika itu bersetuju untuk menarik diri dari PH.



KONFLIK PERALIHAN KUASA MAHATHIR-ANWAR PUNCA PH RUNTUH

 

'Api dalam sekam', akhirnya Muhyiddin tunjuk belang

Semua maklum, konflik dalaman yang melanda PH ketika itu ialah perjanjian peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar Ibrahim. Namun demikian, Mahathir tetap Mahathir, tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar untuk berkuasa.

Mungkin pada pandangan Mahathir, jika Anwar berkuasa, beliau akan memberi sedikit ‘pengajaran’ kepada mereka yang difikirkan telah menganiaya beliau pada 1998-1999. Sudah pasti ketika itu yang memecat Anwar ialah Mahathir sendiri dengan dakwaan salah laku seks.

Bagi mengelakkan Anwar dari berkuasa, perancangan meruntuhkan Pakatan Harapan perlu diadakan dan akhirnya Mahathir membuat keputrusan meletakkan jawatan.

Tetapi, untukk lebih menyakinkan semua bahawa Mahathir dikhianati PPBM, beliau perlu bertindak berlainan dari apa yang dipersetujui awalnya. 



LANGKAH SHERATON HANYALAH UNTUK SELAMATKAN MAHATHIR DARI TEKANAN ANWAR

'Api dalam sekam', akhirnya Muhyiddin tunjuk belang

Langkah Sheraton juga dikatakan salah satu dari perancangan Mahathir untuk meruntuhkan kerajaan PH ketika itu. Bayangkan, Azmin Ali, Zuraida serta beberapa lagi ahli PKR yang selama ini ‘hidup mati’ bersama Anwar, tiba-tiba meninggalkan parti dan Anwar.

Semestinya ada sesuatu yang pelik telah terjadi atau mungkin ada perjanjian tertentu yang teah dipersetujui oleh perancang-perancang politik. Muhyiddin pula disediakan bagi mengambil alih kedudukan dari Mahathir.

Siapa tahu jika ada perjanjian antara Muhyiddin-Mahathir? Tidak mustahil berlaku sesuatu kerana sepanjang Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Mahathir tidak pernah menyerang Muhyiddin, begitu juga sebaliknya.

Cuma pergeseran yang terjadi dengan wujudnya PEJUANG hanyalah untuk mengaburi mata rakyat seolah Mahathir tidak pernah melakukan kesalahan. Sehingga hari ini juga, Muhyiddin tidak pernah menyerang Mahathir mahupun PEJUANG dengan serius.



MUHYIDDIN KONSISTEN SERANG BARISAN NASIONAL WALAU BERADA DALAM KABINET KELUARGA MALAYSIA

Tetapi nada Muhyiddin kekal terhadap BN bila meletakkan Barisan Nasional sebagai musuh utama mereka. Perseteruan yang berlaku bukanlah baru. Pada PRK Chini, PPBM tidak melawan BN tetapi semua maklum calon bebas yang bertanding merupakan bekas ahli PPBM.

Malah ketika kempen PRK Chini berlangsung, PPBM mengambil kesempatan untuk mencari ahli baru dengan mengedarkan borang keahlian. 

Berbeza pula ketika PRN Sabah dimana PPBM telah bertindak melawan BN. Tidak dapat disorokkan ada calon bebas yang ditaja pihak tertentu hanya untuk memecahkan undi BN selain WARISAN.

Begitu juga ketika PRN Melaka, Muhyiddin mula menampakkan belang sebenar bila berkata beliau boleh ‘menekan butang’ yang akan menyebabkan seluruh kerajaan Keluarga Malaysia runtuh.



PRN Johor, sekali lagi Muhyiddin menunjukkan penentangannya terhadap BN namun ditakdirkan mereka kalah besar.

TUN ABDULLAH BADAWI PERNAH SEBUT MUHYIDDIN BUKAN ORANG YANG SETIA

Ternyata apa yang dikatakan bekas Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Badawi mengenai Muhyiddin adalah benar.

Kini, BN telah dijadikan sasaran Muhyiddin dan PN senada dengan PH untuk memastikan BN kalah pada PRU15.

Adakah PN dan PH sebenarnya sudah mencapai persetujuan bersama menerusi ‘khemah besar’ dan terpaksa berlakon seolah mereka bermusuh sedangkan sasaran mereka adalah BN?

Sesuatu yang perlu dinilaikan sendiri rakyat dan meletakkan satu dimensi pemikiran politik yang lebih terbuka dan berfikir di luar kotak.

Tidak mungkin jika tiada kerjasama atau perjanjian, PN akan senada dengan PH menuju PRU15.

Penafian – artikel ini adalah pendangan penulis dan tidak menggambarkan pendirian pihak MyTvOnline , sebarang komen adalah tanggungjawab sendiri.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker