Bubar atau kekal selepas 31 September?

Harap Umno tidak ada tarikh 50 Januari

Oleh – Amran Klebang


Bubar atau kekal selepas 31 September?

Keputusan samada Parlimen dibubarkan atau dikekalkan sehingga habis penggal dijangka akan diketahui pada 31 September akan datang.

Seperti tarikh yang pernah Anwar Ibrahim sebut, 50 Januari pastinya tarikh 31 September tidak akan kunjung tiba walau 100 tahun lagi dan Umno perlu lebih tegas jika mahu Parlimen dibubarkan pada tahun ini.

Sekiranya pada tarikh tersebut ditentukan berlakunya pembubaran Parlimen, apa akan berlaku kepada politik Malaysia?



Ini berikutan Biro Politik Umno akan bermesyuarat pada 30 September 2022, diikuti Majlis Mesyuarat Tertinggi Umno pada sebelah malam.

Difahamkan semua ahli MKT Umno tidak akan mengulas sebarang pertanyaan wartawan bagi mengelak sebarang spekulasi.

Bubar atau kekal selepas 31 September?

 

Mesyuarat MKT kali ini dijangka akan membincangkan senarai nama calon Umno untuk setiap Parlimen dan DUN di negeri yang dikuasai Umno/BN.

Mungkin ada sedikit unsur kejutan susunatur untuk menghadapi PRU15 yang akan dimaklumkan kepada semua pihak tetapi kandungannya masih belum dapat diketahui.



Difahamkan senarai nama calon akan menampilkan 70% muka baru dan mengekalkan beberapa muka lama untuk dijadikan rujukan.

Bagi negeri yang  telah melaksanakan Pilihanraya Negeri, DUN tidak perlu dibubarkan melainkan kawasan Parlimen sahaja.

Bagaimanapun, ada beberapa negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan dan PAS enggan membubarkan DUN sebagai tanda protes sekiranya Parlimen dibubarkan awal.

Apa yang menariknya, kini Umno dilihat sebagai satu ancaman besar kepada parti-parti politik lawan. Adakah kini pihak lawan sudah sedar mereka telah diberikan peluang bagi membuktikan kemampuan?

Suara-suara politik yang pada mulanya memperlekehkan Presiden Umno dan barisan kepimpinan parti yang masih mempertahankan parti itu kini sudah berubah nada.

Lebih mengejutkan, ada kalangan pemimpin Umno yang pernah dilihat ‘keras’ dan menjadi ‘jurucakap’ kepada parti lain, mula mengendurkan suara dan kini kembali kepada kepimipinan Umno. 

penafian – artikel ini merupakan pandangan penulis dan tidak menggambarkan pendirian MyTvOnline, sebarang komen adalah tanggunjawab sendiri.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker