Ifa Raziah tak sanggup tengok artis minta bantuan

Beri sokongan mulakan perniagaan... “Ini yang orang tidak nampak!”

Ifa Raziah tak sanggup tengok artis minta bantuan

Ifa Raziah tak sanggup tengok artis minta bantuan
Ifa Raziah mengalu-alukan rakan selebriti untuk memulakan perniagaan.

PENYANYI Ifa Raziah menyifatkan penglibatannya dalam penganjuran festival Star Vendors adalah untuk membantu dan menyokong perniagaan diusahakan rakan-rakan selebriti.

Ifa atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, 47, berkata dia mahu memberi ruang kepada rakan selebriti berkecimpung dalam bidang perniagaan dan tidak terlalu berharap pendapatan seni semata-mata.

“Memanglah kita akan menyanyi sampai bila-bila kerana itu minat kita, tetapi kalau boleh mereka kena usahakan satu bisnes yang boleh menjana pendapatan harian.



“Jangan nanti kalau tiada tawaran berlakon atau nyanyian, kita pergi minta bantuan dan nanti netizen kata macam-macam pula,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ifa selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Vendors sentiasa menggalakkan rakan artis yang mahu terlibat dalam ekspo perniagaan yang dianjurkan oehnya.

Ifa Raziah tak sanggup tengok artis minta bantuan
Ifa tidak lokek berkongsi ilmu perniagaan kepada rakan selebriti.

“Bila orang tanya apa sumbangan saya terhadap industri seni? Inilah dia. Ini yang orang tak nampak atau buat-buat tak nampak.

DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Mungkin sumbangan saya bukan kerana suara saya. Dengan cara yang lain, saya sediakan satu platform untuk beri peluang kepada rakan-rakan selebriti menjual produk mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ifa berkata dia tidak bimbang jika ramai selebriti menjalankan perniagaan serta menganjurkan ekspo jualan kerana menganggap ia merupakan satu persaingan sihat.



Malah, dia turut memberikan sokongan kepada rakan artis iaitu Yassin Yahya yang kini mula menjalankan perniagaan termasuklah menganjurkan festival jualan.

Ifa Raziah tak sanggup tengok artis minta bantuan
Kejayaannya hari ini adalah hasil daripada usaha selama bertahun lamanya.

 

“Tak mungkin anda buat hari ini, anda akan terus berjaya. Lima tahun saya buat Star Vendors baharu nampak hasilnya.

“Saya ucapkan tahniah kepada Yassin, jangan patah semangat. Saya selalu beri sokongan pada Yassin dan isteri dan mereka menjadikan saya sebagai rujukan dalam dunia perniagaan,” katanya lagi.

Ifa menjadi tetamu istimewa bagi melancarkan Fiesta Market Datuk Sudirman yang berlangsung di Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Untuk info, fiesta itu diadakan sempena Pameran Datuk Sudirman Hj Arshad Warisan Sudir: Tribute Kepada Penghibur No. 1 Asia.

Ia merupakan ekspo jualan pertama yang dianjurkan oleh Yas Star Production milik Yassin dengan kerjasama Kamura Empayar.

Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?

Ifa Raziah tak sanggup tengok artis minta bantuan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker