KPT pantau projek naik taraf Politeknik Ibrahim Sultan

Datuk Seri Abdul Razak Jaafar (tengah) meninjau kerja-kerja yang sedang dijalankan di asrama Politeknik Ibrahim Shah, Pasir Gudang, Johor.

Oleh Azrin Muhammad

JOHOR BAHRU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memeriksa kemajuan projek penggantian aset, naik taraf dan penukaran fungsi ruang asrama di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di Pasir Gudang.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata, inisiatif berkenaan dibuat menerusi Mesyuarat Pemantauan Projek (PMC) Asrama Private Finance Initiative (PFI) Politeknik Bil. 2/2023.

“Kesemua projek ditadbir oleh Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) secara PFI dan dua buah jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Teknikal (JKT-PFI) dengan Runding Harga (JKRH-PFI) bagi melancarkan proses membuat keputusan.

“Kedua-dua jawatankuasa itu juga mengesyorkan cadangan agar dapat dilaksanakan dengan lebih tepat dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Terdahulu, Abdul Razak mempengerusikan mesyuarat dan meninjau kerja-kerja yang sedang dijalankan di asrama PIS dan beramah mesra dengan pelajar serta pengusaha bagi mengetahui pendapat mereka mengenai pelaksanaan inisiatif KPT Prihatin.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian KPT (Pembangunan), Azlinda Azman, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Khairil Anuar Karim dan Pengarah PSI, Nior Aidi Nadzri.

Dalam masa sama, Abdul Razak berkata, KPT berharap kerja-kerja penambahbaikan itu dapat memberi pulangan kepada pihak kerajaan, sekali gus dimanfaatkan sebaiknya oleh pelanggan utama iaitu para pelajar politeknik.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker