Ibu bapa cemas, bayi terkunci hampir sejam dalam rumah

Oleh – Syeikh Baran


Ibu bapa cemas, bayi terkunci hampir sejam dalam rumah
Pasukan bomba menggunakan teknik ‘repelling’ bagi menyelamatkan bayi perempuan di sebuah apartmen di Jalan Wangsa Kuarza, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, hari ini.

Sepasang suami isteri cemas selepas bayi perempuan berusia setahun terkunci hampir sejam dalam rumahnya di tingkat 12 sebuah apartmen di Jalan Wangsa Kuarza, Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada keluarga bayi itu sekitar pukul 11.37 pagi.

Jelasnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba pada pukul 11.42 pagi, didapati seorang bayi perempuan terperangkap dalam rumah.

“Anggota menggunakan teknik ‘repelling’ iaitu turun menggunakan tali dari balkoni luar tingkat 13 untuk memasuki rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 12.30 tengah hari dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Mangsa didapati terkunci kerana ibunya tertinggal kunci di dalam rumah dan pintu utama dilengkapi dengan kunci automatik (autolock),” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker