Miller ungguli GP Jepun
MOTEGI, Jepun: Pelumba Australia, Jack Miller memenangi perlumbaan di Motegi, hari ini dalam MotoGP pertama Grand Prix (GP) Jepun sejak 2019 dan pada hari kurang baik buat pencabar kejuaraan.
Pelumba Ducati itu memecut dari kotak ketujuh untuk meraih kemenangan MotoGP keempatnya, melintasi garisan penamat tiga saat lebih pantas daripada pelumba Afrika Selatan, Brad Binder manakala Jorge Martin dari Sepanyol di tempat ketiga.
Penyandang juara dunia dan pendahulu kedudukan semasa, Fabio Quartararo berada di tempat terbaik dalam kalangan trio harapan untuk meraih gelaran musim ini selepas dia menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan.
Pelumba Yamaha itu melebarkan penguasaannya dalam kedudukan keseluruhan dengan 18 mata ketika saingan berbaki empat perlumbaan.
Pesaing utamanya, Francesco Bagnaia mengalami mimpi ngeri apabila terbabas pada pusingan terakhir ketika dia cuba memintas pelumba Perancis itu.
Aleix Espargaro juga semakin ketinggalan dalam pemburuan kejuaraan selepas mengalami masalah mekanikal sebelum perlumbaan bermula.
AFP