Muhyiddin Mula Di Tentang Dari Dalam Perikatan Nasional

Muhyiddin Mula Di Tentang Dari Dalam Perikatan Nasional

Muhyiddin Mula Di Tentang Dari Dalam Perikatan Nasional

Pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin berkeras mahu supaya Perikatan Nasional menganggap Barisan Nasional sebagai musuh utama dalam PRU 15.

“Ini adalah Perikatan Nasional”.

“Sudah ada kesepakatan, antara perkara yang disepakati saya nak sebut sini bahawa musuh utama kita tidak lain tidak bukan ialah Barisan Nasional,’ tegas Muhyiddin.

Baca di sini:

https://malaysiapost.com.my/2022/09/24/muhyiddin-ulangi-bn-musuh-utama-pn-tolak-pendirian-pas/

Namun kenyataan Muhyiddin itu mendapat respon segera daripada PAS, yang juga merupakan parti komponen di dalam Perikatan Nasional.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan berkata PAS tidak akan menganggap Barisan Nasional sebagai musuh.

Kerana menurut Takiyuddin, bagi PAS, musuh sebenar Perikatan Nasional dalam PRU 15 nanti adalah Pakatan Harapan.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/pas-tidak-anggap-bn-musuh-pada-pru15/

Bagi penulis, sekiranya PAS dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Muhyiddin, ianya bukanlah satu perkara yang menghairankan.

Pemimpin PPBM Juga Menyanggah Kenyataan Dan Pendirian Muhyiddin

Namun apabila kenyataan yang bernada sama datangnya dari pemimpin PPBM sendiri, ianya memberikan isyarat bahawa sesuatu sedang berlaku di dalam Perikatan Nasional dan PPBM.

Pengerusi GRS Sabah yang juga merupakan pemimpin utama PPBM Sabah, Hajiji Noor dalam kenyataannya mengatakan GRS akan terus berkerjasama dengan BN Sabah.

“Kalau di Parlimen Batu Sapi ini calonnya GRS, kita minta BN juga menyokong calon itu”.

“Kalau calon itu daripada BN, GRS juga akan menyokong mereka”.

“Ini kerana kita dalam satu kerajaan iaitu Kerajaan GRS dan BN”.

“Kerjasama antara GRS dan BN mesti diperkukuh kerana rakyat Sabah mahukan kerajaan yang stabil untuk mewakili mereka”.

“Kita mesti belajar daripada kesilapan politik yang lalu”.

“Cukuplah kita tidak perlu berpecah dan memecah belah lagi”.

“Kali ini kita berharap dapat bekerjasama sebaik mungkin dan membawa Sabah ke hadapan selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya,” tegas Hajiji.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/637003

Pemimpin PN Sudah Mula Menolak Muhyiddin Secara Terbuka

Apakah sudah ada penentangan dari dalam Perikatan Nasional sendiri ke atas kepimpinan Muhyiddin sebagai pengerusinya?

Atau mungkinkah pemimpin parti komponen di dalam Perikatan Nasional sudah mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan Muhyiddin?

Namun sebagaimana yang penulis nyatakan, sekiranya ia berlaku ke atas parti komponen Perikatan Nasional, tidaklah terlalu menghairankan.

Namun apabila ianya juga datang dari pemimpin PPBM sendiri, sudah pasti ianya sati mesej yang jelas, sesuatu sedang berlaku di dalam Perikatan Nasional.

Dan mungkin ramai yang tidak tahu, pada hujung minggu lepas, berlaku pertemuan antara presiden UMNO, DS Zahid dan presiden PAS, Hadi Awang.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Muhyiddin dikatakan akan meminta penjelasan dari Hadi Awang mengenai pertemuan itu.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1004209/muhyiddin-minta-penjelasan-hadi-dakwaan-jumpa-zahid-hamidi

Bagi penulis, tidak ada apa yang hendak dihairankan sekiranya pemimpin Perikatan Nasional sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Muhyiddin.

Sepanjang memimpin Perikatan Nasional, Muhyiddin sudah membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang gagal.

Tewas di dalam 7 pilihanraya kecil dan 2 pilihanraya negeri sudah lebih dari cukup untuk menjelaskan kegagalan Muhyiddin.

 

Muhyiddin Mula Di Tentang Dari Dalam Perikatan Nasional

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker