Wanita patah 4 tulang rusuk akibat tersedak makan pedas

Wanita patah 4 tulang rusuk akibat tersedak makan pedas

Wanita patah 4 tulang rusuk akibat tersedak makan pedas
HUANG terpaksa menggunakan korset khas selepas tulang rusuknya patah ketika dia tersedak selepas menikmati makanan pedas.-AGENSI

SHANGHAI: Seorang wanita muda China dimasukkan ke hospital baru-baru ini apabila tulang rusuknya patah selepas dia terbatuk ketika memakan makanan pedas.

Media tempatan melaporkan, wanita dari Shanghai itu dilaporkan patah empat tulang rusuk kerana terlalu kurus dan mempunyai otot yang kurang berkembang.

Wanita itu yang dikenali sebagai Huang, memberitahu, semasa dia batuk dengan kuat akibat tersedak makanan pedas, die mendengar bunyi retakan di bahagian dadanya.



Selepas itu, dia serta-merta mengalami kesakitan apabila bernafas dan ketika cuba bercakap.

“Pada mulanya, saya fikir ia adalah strok. Saya tidak menjangka ia akan menyakitkan seteruk ini sehingga saya tidak boleh berjalan.

“Doktor memberitahu, rusuk saya boleh dilihat dengan jelas di bawah kulit. Tiada otot untuk menyokong tulang, jadi mudah untuk tulang rusuk saya patah apabila batuk,” kata Huang.

Doktor menasihatkan Huang untuk meningkatkan kekuatan tulangnya kerana dia mungkin akan mengalami masalah patah tulang yang sama pada masa hadapan jika tidak mendapatkan rawatan segera.



Wanita muda itu dilaporkan mempunyai ketinggian 171 sentimeter dan berat hanya 57 kilogram dengan bahagian badan yang sangat kurus.

Dia kini sedang berehat selama sebulan dengan korset perubatan yang dibalut di sekeliling tubuhnya dan kini bercadang untuk menambah berat badan serta meningkatkan jisim ototnya.

Guna ‘phone holder’ menyusu bayi boleh undang maut



Wanita patah 4 tulang rusuk akibat tersedak makan pedas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button