Buang Patung Sembahyang Dalam Tong Sampah

Seorang lelaki yang tular selepas bertindak membuang patung sembahyang agama Hindu ke dalam tong sampah kini diburu pihak polis daerah Kulai, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, kejadian yang berlaku di Taman Scientex Senai pada 15 Mei lalu itu tular selepas satu rakaman video berdurasi 42 saat dimuat naik pengguna akaun Facebook Krishnamoorthy Vichu, lalu mendapat perhatian umum.

Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berkenaan rakaman kejadian itu pada pukul 4.30 petang, 15 Mei lalu. Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi dihadapan rumah pengadu yang beralamat di Taman Scientex Senai.

Pengadu mengesahkan patung sembahyang Dewa Ganesh itu diletakkan di luar halaman rumah untuk tujuan hiasan dan bukannya untuk tujuan sembahyang.

Tambah Beng Yeow, pengadu juga memaklumkan tiada sebarang kerosakan ke atas patung tersebut dan ia telah diletakkan kembali ke tempat yang asal.

Salinan rakaman CCTV kejadian telah diambil pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

 

 

@ohbulanofficial Video via MyWatch #ohbulan #tiktokohbulan #fypシ゚viral #fyp #trendingnewsmalaysia ♬ original sound – Ohbulan

 

KOSMO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker