PRU14 Mahathir janji PM dua tahun , PH kena pedaya, PRU15 janji satu tahun, siapa pula akan terpedaya?

Oleh Adam Malik

Apabila Mahathir memberi kenyataan banyak pihak mahu dia menjadi Perdana Menteri sekali lagi, sebenarnya ia bukan sekadar kenyataan biasa sahaja, ia sememang hasrat Mahathir untuk jadi Perdana Menteri .

Bersiap lah seluruh negara , kerana mengetahui Mahathir, dia akan membuat kerja menumpu kepada Hasrat itu.



Kerja2 belakang tabir akan dilakukan nya untuk capai tujuan ini.

Pada PRU14 lalu , Mahathir telah berjanji kepada Pakatan Harapan dia

Cuma mahu menjadi Perdana Menteri Cuma dua tahun sahaja , dan kemudian akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim.



Namun, satu negara melihat bagaimana Mahathir ‘spin’ dan ‘twist ‘ untuk menafikan janji beliau itu.

Akhirnya ,untuk mengelak Anwar Ibrahim musuh Daim Zainuddn menjadi Perdana Menteri , Mahathir telah  menyerah jawatan itu kepada Istana.

Hancur luluh seluruh kerajaan Pakatan Harapan kerana tindaan Mahathr itu.



Lim Kit Siang terus malu kerana telah berjanji akan meletak jawatan jika Mahathir tidak tunaikan janji.

Ketika mahu menjadi Perdana Menteri , Mahathir sujud dan rayu kepada “Presidential Council” Pakatan Harapan namun bila mahu elak Anwar jadi Perdana Menteri , Mahathir tidak kenal “Presidential Council” PH.

PH tipu manifesto , Mahathir tipu PH.

Kali ini pada PRU15 Mahathir memberi tahu dia Cuma mahu menjadi Perdana Menteri satu tahun sahaja.



Entah apa yang hendak dilakukan oleh Mahathir dalam satu tahun itu, sangat merisaukan seluruh negara.

Jika 22 tahun 22 bulan pun hanya menjual aset bailout dan membantu kroni , apa pula yang boleh dilakukan daam satu tahun.

Jika jawatan PM sudah ditangan , macam2 Mahathir boleh lakukan.



Malah, Mahathir boleh bertindak mengumpul penyokong dari kalangan MP dan para Menteri untuk menggesa agar dia terus memerintah sehingga akhir hayat atas konon lakonan keadaan tidak stabil tanpa nya.

Mahathir juga boleh perguna pihak lain untuk memberi cadangan agar anak nya Mukhriz di lantik untuk jawatan penting.

Macam2 Mahathir boleh buat dan lakukan dalam satu tahun kerana kuasa didalam tangan.

Selain ini, banyak kes2 membabitkan Mahathir seperti RCI Pulau Batu Puteh , Kes Zeti Aziz dan Kes Hakim Nazlan serta RCI FOREX boleh lakukan sesuatu terhadap nya.



Pendek kata , Ketika Mahathir berjanji jadi PM selama dua tahun seluruh PH kena tipu , kali ini Mahathir berjanji hanya satu tahun, siapa pula bakal kena tipu?

Adakah kali ini seluruh negara akan kena pedaya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button