Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya

Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya
KEM pelarian Rohingya semakin padat di Cox’s Bazar, Bangladesh selepas semakin ramai etnik itu masuk ke negara berkenaan setiap tahun. – AFP

Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumkan bantuan kemanusiaan lebih AS$170 juta (RM777 juta) untuk disalurkan kepada etnik Rohingya yang berada di Myanmar dan beberapa negara jiran, termasuk Bangladesh.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menerusi kenyataan.

“Dengan bantuan baharu ini, jumlah dana yang disalurkan kepada Rohingya sudah mencecah hampir AS$1.9 bilion (RM8.7 bilion) sejak Ogos 2017, ketika lebih 700,000 etnik itu melarikan diri ke Cox’s Bazar, Bangladesh susulan operasi ketenteraan Myanmar,” katanya.



Bantuan itu disalurkan sebulan selepas agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan etnik Rohingya di Bangladesh ‘amat memerlukan bantuan’.

Lebih sejuta pelarian Rohingya tinggal di beberapa kem yang padat di selatan Bangladesh, sekali gus menjadi kem pelarian terbesar di dunia.

Bantuan kemanusiaan tersebut melibatkan lebih AS$93 juta (RM425 juta) dari Jabatan Negara AS dan lebih AS$77 juta (RM352 juta) dari Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa.

Washington sifatkan junta tentera Myanmar melakukan ‘penghapusan etnik’ terhadap Rohingya, menyebabkan kumpulan minoriti itu hidup terbiar tanpa negara. – REUTERS



Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?

Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker