Salah kembali perkuat Liverpool

London: Liverpool memperoleh berita baik selepas tonggak utama mereka, Mohamed Salah direhatkan untuk perlawanan Mesir menentang Liberia awal pagi Rabu.

Penyerang prolifik itu akan kembali ke Liverpool menjelang kempen Liga Perdana yang bersambung semula, kata jurulatih pasukan kebangsaan, Rui Vitoria.

Pemain berusia 30 tahun itu, yang dua kali menjaringkan gol ketika menang 3-0 dalam aksi persahabatan bertemu Niger, Sabtu lalu, diketepikan daripada skuad untuk perlawanan Rabu ini di Alexandria.

Turut diketepikan adalah penyerang, Mostafa Mohamed dan pemain pertahanan, Ahmed Fatouh.

Mesir gagal layak ke Piala Dunia tahun ini di Qatar selepas tewas dalam aksi playoff kepada juara Afrika, Senegal.

Salah sememangnya sudah dipersetujui untuk meninggalkan pasukan kebangsaan lebih awal bagi membolehkannya menyertai semula Liverpool.

The Reds mengharungi permulaan yang buruk musim ini dan menduduki tempat kelapan di Liga Perdana dengan dua kemenangan serta meraih sembilan mata daripada enam perlawanan setakat ini.

Salah hanya menjaringkan tiga gol dalam lapan perlawanan secara keseluruhan untuk pasukan Jurgen Klopp setakat musim ini selepas muncul penjaring terbanyak musim lalu apabila meledak 31 gol.

Dia menandatangani kontrak baharu bersama Liverpool pada musim panas lalu ketika spekulasi hangat berhubung masa depannya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker