Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?



 

Oleh Adam Malik

Apa jenis undang2 yang diamalkan di Malaysia? , atau apa jenis sistem pengadilan dipraktiskan?

Ketika hendak mengenakan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semua hal berkaitan nya didedahkan kepada umum.

Ini konon nya atas kepentingan awam  ( public interest ) konon nya.



Namun , apabila berkaitan judisiari dan kes berkaitan dakwaan campurtangan dalam hal kehakiman seperti dakwaan Tommy Thomas , Pejabat Peguam Negara mengesyorkan supaya ia tidak didedahkan kepada umum.

Apa yang hendak disembunyikan oleh pihak kerajaan atau pihak Pejabat Peguam Ncegara dari pengetahuan rakyat?

Ada kah kerana ia membabitkan individu tertentu yang terkenal dengan masuk campur dalam pelbagai hal negara , maka, siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?

Ini pasti menimbulkan keraguan terhadap sistem kehakiman dan negara yang sudah pun rosak teruk dan tiada kredibiliti pada pada pandangan rakyat dan juga dunia.



Pada kes bekas Perdana Menteri DSNR , semua dilondehkan dan didedahkan termasuk bualan suami isteri dengan pendedahan audio bualan oleh Lateefa Koya.

Sehingga kini, Datuk Ahmad Maslan , Asyraf Wajdi dan Dr Puad Zarkashi sudah memberi kenyataan dan mempersoalkan kenapa kes berprofil tinggi berkaitan bidang kehakiman tidak boleh didedahkan.

Tommy Thomas ada menyebut berkenaan campur tangan Tun Mahathir didalam macam2 perkara berkaitan kehakiman didalam buku memoir nya.

Apakah kerana terbabit Tun Mahathir , maka ada pihak mahu ia tidak didedahkan?



Sebelum ini , kes Zeti Akhtar Aziz juga masih belum didedahkan atau didakwa dimahkamah lagi setelah sekian lama diserah kepada pejabat Peguam Negara.

Pada kes Zeti , juga disyaki ada cubaan melengahkan kes , bahkan disyaki ada cubaan memerap terus kes nya, kes ini juga ada kaitan Tun Mahathir kerana Zeti dilantik oleh Tun Mahathir.

Kemudian kes Hakim lantikan kerajaan Mahathir ia itu Nazlan Mohd Ghazali yang telah pun selesai siasatan terhadap nya namun masih beum didakwa dakwa lagi.

Malaysia semakin dipandang rendah semenjak kes2 pilihan didakwa dan kes2 pilihan digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.



Malah , kebanyakan kes sudah dapat diramalkan keputusan nya oleh rakyat biasa tidak bersekolah tinggi kerana kebanyak kan kes adalah berkaitan politik dan bukan kerana benar2 ada kes.

Konklusi berkenaan hal ini , mengambil kira apa yang telah terjadi kepada mantan Perdana Menteri DSNR yang berjawatan lebih tinggi dari Tommy Thomas , maka sangat wajar didedahkan dan dipersembahkan kepada umum kedapatan terhadap penyiasatan kes nya.

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker