Shafee nafi Najib terima layanan istimewa di Penjara Kajang



Peguam utama Najib Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan bekas perdana menteri itu dengan layanan istimewa di penjara.

Menurut Muhammad Shafee Abdullah, di Penjara Kajang Najib tetap mendapat layanan yang sama seperti banduan lain di situ dan menganggap tuduhan tersebut sebagai “bull****” mengarut.

Pada masa sama peguam kanan itu memberitahu, dia tidak pasti mengapa Najib dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras dan berpendapat ia mungkin ada kaitan dengan masalah lutut ahli parlimen Pekan berkenaan.

“Jadi, apa (rawatan) yang istimewanya? Saya tak faham… tak ada,” katanya kepada media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.



Shafee berada di situ bagi mewakili Najib yang dibicarakan atas tuduhan rasuah membabitkan dana RM2.28 billion milik 1MDB.

Najib kini ditahan di Penjara Kajang selepas disabitkan atas tujuh kesalahan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Selain dihukum penjara, dia juga didenda RM210 juta.

Pada 20 Sept lalu Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, menuntut pihak berkuasa memberi penjelasan terhadap dakwaan Najib mendapat layanan istimewa di dalam penjara.



Gesaan itu dibuat ekoran tularnya mesej mengaitkan Najib – yang diberikan nama kod Merpati – diberikan layanan yang berbeza daripada banduan biasa.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker