Southgate pasrah terima kritikan

London: Gareth Southgate sedar beliau akan menerima kritikan sepanjang tempoh perkhidmatannya selaku pengurus England namun tetap yakin Three Lions akan bangkit semula di Piala Dunia.

England tersingkir daripada Liga A, Liga Negara-Negara selepas gagal mencatatkan kemenangan dalam lima perlawanan peringkat Kumpulan A3.

Southgate dicemuh oleh penyokong selepas tewas 0-1 kepada Itali di Milan, Sabtu lalu.

“Apabila bersama skuad kebangsaan, kritikan yang diterima pastinya lebih hebat dan saya memahaminya.

“Ia adalah situasi yang bukan kami mahukan. Tetapi kami perlu terus melakukan perkara yang betul setiap hari untuk memperbaiki prestasi di atas padang.

“Jika kami menerapkan perkara itu setiap hari dan terus mengekalkan kualiti permainan serta prestasi yang tinggi, pastinya keputusan akan memihak kepada kami,” katanya.

Southgate berkata demikian pada sidang media menjelang kunjungan Jerman ke Wembley, awal pagi esok.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker