Tom – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Tom – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Tom – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom adalah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau juga merupakan juara program realiti TV terbitan TV3, iaitu My Starz LG musim ketiga pada tahun 2010.[1]

Kehidupan peribadi :

Tom menamatkan zaman gadisnya di usianya yang cukup muda pada ketika itu iaitu 21 tahun dengan mengahwini seorang pemuzik, Ahmad Khairul Mizan pada tahun 2007. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Megat Ariel Shakur. Namun, jodoh mereka tidak berkekalan apabila pada April 2010 mereka disahkan bercerai selepas hampir tujuh bulan tidak tinggal bersama.

Kerjaya muzik:

Sebelum menyertai program realiti TV My Starz LG musim ketiga, Tom pernah bekerja sebagai penyanyi kelab malam di sekitar bandar Kuala Lumpur sebagai rezeki pendapatan beliau untuk menyara hidupnya.

Sebelum bergelar artis, beliau juga turut mengembangkan bakat nyanyiannya dengan menyertai sebuah pertandingan pertunjukan bakat, iaitu World Championship Performing Arts (WCPA) pada tahun 2009 yang diadakan di Los Angeles dimana ketika itu beliau turut berkongsi pentas bersama artis-artis luar negara dan penyanyi tempatan seperti Siti Sarah Raisuddin, Bob AF2 dan Asmidar.

Namun, sayangnya kejayaan beliau yang turut memenangi pingat emas di dalam pertandingan tersebut tidak mendapat perhatian daripada pihak media disebabkan ketika itu beliau bukan daripada golongan artis.

Namun keadaan tersebut tidak sedikitpun mematahkan semangatnya untuk bergelar anak seni. Pada tahun 2010, Tom sekali lagi mencuba nasib dengan menghadiri ujibakat My Starz LG dan hasilnya beliau terpilih diantara 10 peserta program realiti TV tersebut. Setelah beradu suara hampir 12 minggu, beliau dinobatkan sebagai juara My Starz LG musim ketiga.

Kejayaan Tom tersebut sekaligus mengekalkan takhta juara wanita yang ketiga dalam program realiti TV terbitan TV3 tersebut selepas Tasya (musim 1) dan Wana (musim 2). Beliau kemudian mengikat kontrak bersama Warner Music Malaysia dan pada Disember 2010 beliau telah menerbitkan album rakaman pertamanya berjudul Redha.

Dua buah lagu hits daripada album tersebut ialah Lagu Untuk Kuala Lumpur dan Redha sering diputarkan dicorong radio pada ketika itu.

Kontroversi :

Pada Julai 2010, nama Tom cukup hangat diperkatakan apabila beliau dituduh sebagai orang ketiga apabila beliau terlibat dengan hubungan sulit bersama seorang lelaki yang berstatus sebagai suami orang.

Beliau turut mendakwa telah dipukul dan diserang oleh isteri kepada lelaki tersebut namun kejadian pergaduhan tersebut sempat dileraikan oleh keluarga wanita tersebut.

Ekoran daripada kejadian tersebut, beliau berasa tidak berpuas hati apabila dirinya telah difitnah oleh wanita tersebut dan kemudian beliau membuat laporan polis sekaligus membawa kes mereka tersebut ke mahkamah serta membuat keputusan untuk tidak akan menarik balik kes selagi namanya tidak dibersihkan oleh pihak wanita tersebut.

Alicia Amin – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Tom – Biodata, Profil dan Latar Belakang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Semua berkenaan kes Najib di londehkan , kenapa siasatan terhadap Tommy Thomas tidak boleh didedahkan?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker