Wales kini tumpu Piala Dunia

CARDIFF, United Kingdom: Pengendali Wales, Rob Page berkata, kekecewaan tersingkir daripada liga tertinggi Liga Negara-Negara UEFA diubati dengan cabaran di Piala Dunia dua bulan lagi.

Kekalahan 1-0 kepada Poland di Cardiff memastikan Wales di tangga tercorot kumpulan yang turut dibarisi Belgium dan Belanda.

Empat perlawanan Liga Negara-Negara membayangi aksi playoff Piala Dunia di mana Wales menentang Ukraine.



Page terpaksa merehatkan beberapa pemain tonggaknya bagi memberi tumpuan kepada aksi kelayakan terakhir ke Qatar itu yang berada di tengah-tengah empat aksi Liga Negara-Negara.

“Playoff menentang Ukraine memberi kesan terhadap perlawanan kami sebelum dan selepas itu,” kata Page.

Wales akan membuka saingan di Qatar pada 21 November menentang Amerika Syarikat.

Gareth Bale kembali memulakan permainan dan bertahan sehingga 96 minit penuh sebagai persediaan ke Qatar.



Wales memulakan permainan tiga mata di belakang Poland, dengan kemenangan akan mengekalkan mereka dalam liga tertinggi itu.

Robert Lewandowski membuat umpanan kepada Karol Swiderski untuk meledak gol tunggal permainan pada minit ke-58.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button