Bekas pelajar UiTM kongsi tip mudah dapat kolej kediaman tanpa perlu maki universiti

Memang susah tapi ada cara! 

Bekas pelajar UiTM kongsi tip mudah dapat kolej kediaman tanpa perlu maki universiti

Bekas pelajar UiTM kongsi tip mudah dapat kolej kediaman tanpa perlu maki universiti

KECOH di media sosial baru-baru ini isu kolej kediaman serta kesukaran mendapatkan rumah sewa untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah ini.

Mana tidaknya, mahasiswa terbabit bukan sahaja ‘memetik’ akaun media sosial institusi tersebut malah mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak sewajarnya.



Posting di Twitter itu bagaimanapun telah dipadam selepas turut tular di beberapa platform media sosial lain.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini yang dibuat, pelajar terbabit membuat permohonan maaf kerana menggunakan bahasa kasar pada akaun rasmi berkenaan.

Dia yang menggunakan akaun @aqldan turut mengakui tertekan dengan masalah yang membelenggu, sambil mendakwa kebanyakan pelajar lelaki sukar untuk mendapatkan rumah sewa.

“Aku minta maaf sebab guna bahasa kasar pada @uitmofficial yang lepas sebab aku tertekan sangat fikir pasal benda ni.



DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Tapi masalah yang aku alami ni bukan nak jatuhkan nama UiTM semata-mata tapi sebab memang ramai pelajar lelaki terutama sekali yang tak jumpa rumah sewa.

 

Bekas pelajar UiTM kongsi tip mudah dapat kolej kediaman tanpa perlu maki universiti
Ciapan asal yang dibuat meluahkan rasa marah kerana kesukaran memperoleh rumah sewa.

“Ramai penyewa hanya nak pelajar perempuan atau keluarga sahaja. Tak ambil kira rumah kosong tapi harga mahal dan jarak ke UiTM… ada yang cakap lemah, tapi masalahanya duit.

“Kalau jarak ke UiTM tu setakat lima kilometer, aku boleh jalan pergi kelas hari-hari,” luahnya menerusi ciapan di Twitter.



Malah dia juga mengakui institusi berkenaan menjadi pilihan untuk menyambung pengajian kerana sedar keluarganya kurang berkemampuan.

Pada masa sama dia tidak menyangka akan berdepan dengan pelbagai kesulitan seperti masalah rumah sewa dan kolej kediaman.

Menelusuri ruangan komen, dia turut menyatakan tweet amarah yang tular baru-baru adalah kerana dia tidak berjaya mendapatkan kolej kediaman meskipun telah menyertai hampir kesemua program yang dianjurkan.

“Punca aku mengamuk tu sebab aku sertai program kolej. Tapi aku akui melampau… siapa yang tak marah bila dah join hampir semua program tapi tak dapat (kolej).




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Rayuan tak payah sembang sebab ramai budak T20 yang akan dapat sebab kabel mereka power,” luahnya lagi.

Bekas pelajar UiTM kongsi tip mudah dapat kolej kediaman tanpa perlu maki universiti
Kebiasaannya, kolej kediaman sukar diperoleh jika pelajar tidak aktif dalam aktiviti anjuran IPT. – Gambar hiasan

Rata-rata warganet yang meninggalkan komen dilihat memberi cadangan kepadanya untuk melakukan kerja sambilan atau bekerjasama dengan rakan yang lain.

“Aku dulu belajar Mara. Siang belajar, malam kerja sambilan… ada duit sewa motor. Nak kena suap tiap-tiap hari tak payah belajar, baru tahu nanti payah nak dapat kerja.

“Saya dulu UiTM grad 2014 degree di Shah Alam. Dari dulu lagi semester pertama sahaja perempuan dapat kolej, tapi banyak rumah sewa berhampiran… sama ada carpool atau naik bas.



“Awak tak ada kawan kat universiti? Saya dulu pun belajar juga, tak ada transport… rumah sewa jauh tapi pergi sendiri dan balik pandai-pandai tumpang kawan. Banyak sikit bergaul dengan orang, korban masa sikit,” ujar beberapa netizen memberi nasihat.

Disebabkan bahasa kasar yang digunakan @aqldan, ciapannya menjadi tular sehingga turut dikongsikan di Facebook.

Menerusi hantaran balas yang dibuat pemilik akaun Afiq Johari, dia menyifatkan tindakan @aqldan sebagai biadab serta mengeluarkan tohmahan yang melampau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Bagaimanapun, Afiq yang mengikuti pengajian dari tahun 2008 sehingga 2014 turut mengakui bahawa mahasiswa sukar untuk mendapatkan kemudahan kolej kediaman.



“Sepanjang aku belajar di UiTM Shah Alam 2008 – 2014 memang aku akui sukar nak dapat kemudahan kolej kediaman. Sebabnya harga yuran kolej yang ditawarkan sangat murah jika dibandingkan menyewa di luar,” katanya.

Dia bagaimanapun berkongsikan beberapa tip yang boleh diiukuti oleh pelajar UiTM yang ingin mendapatkan kolej kediaman.

 

Bekas pelajar UiTM kongsi tip mudah dapat kolej kediaman tanpa perlu maki universiti
Komen balas netizen pada ciapannya.

Menurutnya, perkara utama yang perlu dilakukan adalah pelajar aktif dalam setiap aktiviti kolej dan mengumpul kupon aktiviti yang dianjurkan.

“Kumpul sebanyak mungkin kupon aktiviti, lagi banyak kau sertai aktiviti kolej lagi tinggi peluang untuk diterima masuk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Keduanya, sertai badan beruniform macam Palapes (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) atau Suksis (Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi)… yang ni 100 peratus aku yakin kau akan dapat kemudahan kolej.

Kalau zaman belajar ni pun kau dah ‘koyak’ sampai maki hamun institusi pendidikan, harap kau lebih tabah bila habis belajar.

AFIQ JOHARI

 

“Ketiganya, aktif dalam aktiviti yang menyumbang nama universiti. Contohnya penglibatan dalam sukan, kau wakil UiTM atau negara… mesti cerah untuk kau dapat masuk kolej,” jelasnya ringkas.

Malah katanya, perkara-perkara tersebutlah yang dilakukan semasa dia mengikuti pengajian dari peringkat diploma sehingga ijazah sarjana muda.

Bagaimanapun katanya, dia perlu menumpang rumah sewa rakan sekurang-kurangnya satu minggu sementara ditawarkan penempatan di kolej.

“Kadang-kadang merempat juga seminggu dua kat rumah kawan-kawan sebab tunggu proses rayuan masuk selesai. Tiga cara ni, asasnya sama iaitu kau perlu beri komitmen masa dan tenaga pada UiTM.

“Kau nak duduk kolej, nak jimat belanja tapi tak boleh nak bagi ‘sesuatu’ untuk UiTM? Sendiri fikir!

“Tapi kalau kau rasa, masa belajar ni tak ada masa untuk semua ni sebab kau lebihkan masa untuk ‘awek’, untuk bersosial bukan-bukan dengan kawan… lupakan saja dan pilihlah duduk rumah sewa, cari moto murah-murah sebiji untuk kau pergi ulang alik ke kuliah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, semua pihak termasuk pelajar perlu menerima kenyataan tentang kenaikan kos hidup seperti rumah sewa, makanan dan perbelanjaan keperluan.

“Kalau zaman belajar ni pun kau dah ‘koyak’ sampai maki hamun institusi pendidikan, harap kau lebih tabah bila habis belajar. Kepayahan untuk dapat kerja yang stabil, beli rumah idaman, berkahwin dengan wanita pilihan kau dan teruskan hidup sebagai ketua keluarga,” katanya.

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Bekas pelajar UiTM kongsi tip mudah dapat kolej kediaman tanpa perlu maki universiti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button