BMW belum bercadang untuk kembali ke persaingan Formula 1

Pengarah Sukan Permotoran BMW, Andreas Roos, menegaskan kos dan projek LMD-H sebagai sebab utama mengapa mereka tidak berhajat untuk kembali ke Formula Satu (F1).

F1 akan memperkenalkan jentera yang bersandarkan kuasa elektronik bermula musim 2026 bagi tujuan penjimatan minyak.

Porche dan Audi sudah menyatakan kesudian mereka untuk kembali bersaing, tetapi tidak bagi BMW yang berlumba kali terakhir adalah pada 2009.



“Anda perlu membuat pelaburan yang sangat tinggi dalam F1 dan untuk pulangannya, anda perlu sentiasa meraih kejayaan,” katanya kepada Motorsport-Total.

“Ketika ini kami pastinya tidak berminat dalam F1 dan saya fikir anda juga perlu realistik.

“Kami gembira dengan projek besar yang kami ada dalam sukan permotoran.

“Kami hampir sepenuhnya beralih ke jentera elektrik dan transformasi kearahnya.



“LMD-H sangat sesuai untuk projek ini dan bukan hanya setakat 2026 tatkala F1 menuju ke arah ini.

“Dari sudut pandangan itu, ini adalah masa yang sesuai untuk kami meneruskan usaha LMD-H,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button