Daging Black Pepper Confirm Sedap

Daging Black Pepper Confirm Sedap
Daging Black Pepper Confirm Sedap

Daging Black Pepper Confirm Sedap

  • Masa Penyediaan: 35 minit,
  • Masa Memasak: 15 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 orang

Kalau ada banyak daging korban, boleh lah masak resepi daging yang mudah dan sedap, iaitu Daging Masak Black Pepper atau Daging Masak Lada Hitam..cara Che Nom. Untuk resepi ni, kalau nak cepat masak, kita gunakan daging jenis yang lembut iaitu bahagian batang pinang, tapi kalau takda,bahagian potongan yang lain pun ok. Janji kita potong dengan cara yang betul dan masak lebih lama sikit je.

Sebenarnya potongan daging yang murah, lebih sedap atau flavourful rasanya kalau dimasak macam ni, berbanding daging yang mahal macam daging batang pinang tu. Beef cut yang mahal macam daging batang pinang tu lebih sesuai dimasal grill, atau masak steak. Jadi, cheap cut beef adalah pilihan yang bagus untuk masak daging black pepper. Hiris nipis daging, ikut arah berlawanan urat macam ni. Kalau ikut arah urat nanti daging akan jadi liat.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • ½ kilo daging
    • 5 ulas bawang putih – tumbuk halus
    • 4 biji bawang merah – tumbuk halus
    • 2 inci halia – tumbuk halus
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar kicap manis
    • sedikit serbuk lada hitam
  • Bahan-bahan lain:
    • 2 sudu kecil serbuk black pepper
    • Kicap secukupnya
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • Sedikit air
    • 2 biji ubi kentang, digoreng
    • sedikit capsicum hijau
    • 2 biji cili merah

Cara Penyediaan:

  1. Hiris nipis daging ikut arah lawan urat supaya tak liat
  2. Hiris kasar bawang putih, bawang merah, dan halia. Tumbuk halus semua bahandan gaulkan bersama hirisan daging.
  3. Masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap manis dan sedikit serbuk black pepper dalam anggaran 1/2 sudu kecil. Perap selama minimum 1/2 jam. Lagi lama lagi sedap.
  4. Ambil sedikit cili padi, anggaran 4-5 biji, buang tangkai dan belah tengahnya.
  5. Panaskan minyak.
  6. Kupas 2 biji ubi kentang. Hiris dalam bentuk wedges dan gaul kentang dengan sedikit garam . Goreng sehingga keperangan di luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.
  7. Dalam minyak yang sama, masukkan daging yang di perap tadi. Api kecil aje. Kacau perlahan sehingga daging kering dan terpisah dengan minyak. Che Nom tambah sedikit lagi lada hitam supaya nak bagi wangi dan lebih rasa lada hitamnya.
  8. Tuang sedikit lagi kicap.
  9. Tambah sedikit air dan renehkan daging. Kalau kuah dah kering, tapi daging masih lagi liat, tambah sedikit lagi air dan teruskan reneh sampai daging jadi lembut.
  10. Bila daging dah lembut, bancuh tepung jagung dan air. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Kacau-kacau sikit kuah supaya sekata.
  11. Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan capsicum merah dan hijau. Masukkan pula cili api. Kacau sebati sehingga capsicum lembut sedikit, tapi masih lagi crunchy.
  12. Kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
  13. Tabur dengan hirisan daun bawang

Tip:

  • Rendam kentang dalam air sekejap sementara tunggu nak masak. Kalau tak rendam dalam air, kentang jadi hitam nanti sebab getahnya keluar terdedah kepada udara.
  • Che Nom tak tambah garam ataupun gula, sebab sos tiram dan kicap tadi dah cukup semua rasanya.

RESEPI DAGING BAKAR SOS BLACK PEPPER

Daging Black Pepper Confirm Sedap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker