Individu hina Islam, PDRM disiasat

Oleh – Syeikh Baran


Individu hina Islam, PDRM disiasat
Tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam dan mempertikaikan tindakan PDRM yang diambil terhadap isu melibatkan agama, raja dan bangsa.

Polis menjalankan siasatan terhadap seorang individu dipercayai terlibat dalam video menghina Islam serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya telah membuka 21 kertas siasatan terhadap individu berkenaan.

“Semakan dijalankan mendapati individu itu berada di Hamburg, Jerman dan telah keluar negara pada 2 November 2017.



“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada Selasa.

Katanya, siasatan berkaitan kes ini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Siasatan sedang dijalankan dan orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keharmonian awam,” katanya.

Baru-baru ini tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam dan mempertikaikan tindakan PDRM yang diambil terhadap isu melibatkan agama, raja dan bangsa.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker