Filipina segera salur bantuan kepada mangsa Taufan Noru



Filipina segera salur bantuan kepada mangsa Taufan Noru

Filipina segera salur bantuan kepada mangsa Taufan Noru

BULACAN: Pihak berkuasa Filipina hari ini mengagihkan bantuan kepada ribuan mangsa yang dipindahkan akibat Taufan Noru di ibu negara dan wilayah utara yang setakat ini mengakibatkan enam terkorban dan banyak kawasan mengalami banjir.

Angin berkelajuan 185 kilometer sejam melanda pulau utama Luzon pada hujung minggu, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah, pejabat kerajaan dan pasaran saham sehingga hari ini.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos mengarahkan bekalan bantuan segera diterbangkan, sementara peralatan pembersihan disediakan kepada kawasan yang komuniti yang terjejas.



“Kita akan berhenti (agihkan bantuan) apabila majoriti penduduk sudah pulang ke rumah,” katanya pada sidang media bersama pengurusan bencana, hari ini, merujuk kepada kira-kira 74,000 penduduk yang terpaksa dibawa ke pusat pemindahan sementara akibat ribut.

Luzon, pulau yang menjana dua pertiga daripada hasil ekonomi, mempunyai separuh daripada populasi 110 juta penduduk Filipina, memulakan operasi pembersihan susulan banjir mula surut.

Sementara itu, Gabenor Daniel Fernando berkata, lima yang terkorban itu adalah anggota pasukan penyelamat dan seorang lagi melibatkan lelaki warga emas yang ditimbus tanah runtuh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor wilayah Quezon, Helen Tan yang memaklumkan perkembangan ribut di stesen radio DZRH, berkata banyak rumah musnah namun semua jalan masih boleh dilalui dan tiada kejadian tanah runtuh.

“Pihak berkuasa tempatan sudah memulakan kerja mengalihkan pokok tumbang dan membuang serpihan yang dihanyutkan banjir,” katanya.



Marcos yang dijangka melakukan tinjauan udara petang ini, sudah mengarahkan pegawainya untuk menyediakan bekalan kecemasan elektrik kepada dua wilayah utara iaitu Aurora dan Nueva Ecija yang mana ketika ini terputus bekalan.

Tufan Noru dikategorikan taufan kategori 3 namun peringkat lemah, membadai daratan Filipina dalam kejadian malam tadi.

Taufan itu menuju ke Laut China Selatan dan ke arah Vietnam, menurut agensi cuaca negara.

Filipina, sebuah kepulauan dengan lebih daripada 7,600 pulau, mengalami purata 20 ribut tropika setiap tahun.



Pada 2013, Taufan Haiyan, salah satu taufan tropika paling kuat pernah direkodkan yang mengorbankan seramai 6,300 orang. – REUTERS

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Filipina segera salur bantuan kepada mangsa Taufan Noru

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?


 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker