Tiba tiba Ambiga keluar dari gua selepas hilang

 

Oleh – Adam Malik


 

Tiba tiba Ambiga keluar dari gua selepas hilang
Ambiga Sreenevasan

Setelah sekian lama Ambiga Sreenevasan menghilangkan diri masuk kedalam gua, tiba tiba Ambiga muncul kembali.

Ambiga seperti yang dikenali suka perguna undang undang untuk tujuan politik seperti PAS perguna agama untuk tujuan yang sama muncul bila ada kepentingan sahaja.

Hendak dikatakan Ambiga sebagai pejuang atau pengamal undang undang tidak juga , ini kerana undang undang yang diamalkan oleh Ambiga tersangat berpihak dan terlalu bermotif politik.

Tiba tiba Ambiga keluar dari gua selepas hilang

Maka, amat pelik untuk “spent bullet” seperti Ambiga muncul pada isu undang undang yang tertentu sahaja.

Lebih tepat pada “selective issue” sahaja.

Ambiga menghilangkan diri pada banyak isu ketidakadilan atau “injustice” yang ditimpa terhadap kes Datuk Seri Najib Razak.

“Miscarriage of justice” yang terjadi terhadap DSNR tidak membuat Ambiga merasakan beliau perlu bersuara dan tampil kehadapan untuk bersuara.

Sama seperti Majlis Peguam juga, Ambiga hanya vokal pada kes kes atau isu isu tertentu sahaja yang berpihak kepada “Tuan” politik mereka.

Ambiga yang dikatakan ada talian persaudaraan dengan mendiang Gopal Sri Ram sangat perlu pertahankan skrip Pak Cik nya itu tang terkait dengan konspirasi Mahathir.

Pada isu memo bocor pejabat AG dari DPP Akram Gharib dimana kedua kes Zahid Hamidi dan DSNR yang sudah disahkan tiada bukti dan merit untuk didakwa Ambiga berdiam diri.

Bukan sahaja Ambiga , bahkan Mahathir dan Tommy Thomas juga tersepit untuk menjawap bagaimana sudah sah tidak ada kes, namun direka perbicaraan juga.

Rumusannya, ini semua ini sandiwara dan penyalahan guna kuasa semata

Kemunculan Ambiga secara tiba tiba sudah tidak diperlukan lagi.

Rakyat boleh dikira sudah ketahui seluruh cerita.

Kes DSNR dan Zahid Hamidi sekadar kes rekaan dan dicipta oleh Mahathir dan Tommy Thomas, Ambiga tidak perlu “enter frame”.

Sudah terlambat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker